Home Sweet Home: Lay-Out Plan
Kalau dulu sibuk cari rumah, bila dah dapat rumah, apalagi kan, mulalah sibuk nak fikir hal renovation pula. We got the house key just before Aidilfitri. Lagilah happy ! Sambil beraya di rumah saudara-mara dan kawan-kawan, MH and I perhatikan design di rumah-rumah yang kami ziarah. Banyak juga idea yang kami dapat, especially in terms of practicality sesuatu ruang, furniture dan lain-lain. Siap ambil gambar mana yang berkenan untuk rujukan =) Majalah interior design pun mula jadi koleksi. Jadi inspirasi. Balik raya terus kami roll plan untuk renovation . MH paling bersemangat. Balik kerja walau pun dah malam, sambung pula aktivit melukis lay-out plan . Manual pulak tu. So bila kami berdua sit down untuk tengok lay-out plan tu, fikir balik, discuss , jenuh jugalah MH nak erase tak pun lukis balik selepas tu. Agaknya kalau upah profesional buat dah berapa kena charge , sebab asyik tukar je. Hehehe... Owh, ini hanyalah inspirasi. Bukan lay-out plan sebenar ...