Posts

Showing posts from April, 2014

H.I.L.A.N.G

Image
Semenjak dua menjak ini seolah-olahnya temanya HILANG. Bermula dengan kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014 yang sehingga kini sedang dijejaki, disusuli pula dengan kes-kes kehilangan yang berlaku dalam lingkup peribadi.
Menjengah bulan April, saya 'kehilangan' sesuatu yang telah diusahakan bersama selama dua tahun. Tetapi kehilangan yang ini semestinya untuk sesuatu yang lebih baik, untuk semua pihak. Walau pun ianya bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan, malahan saya antara yang terawal mengetahui mengenai berita tersebut dan mengetuai proses penyerahan itu, namun sedikit-sebanyak emosi itu tergugat jua. Air mata ini gugur bukan kerana kesedihan, tetapi perasaan yang terusik. Mungkin kerana saya bukan sahaja akan kehilangan sesuatu yang telah menjadi my drive and motivation, malahan akan kehilangan sekumpulan rakan yang telah sama-sama mengharungi susah-payah, suka-duka, ketakutan, kegembiraan, kejayaan, kegagalan, kecemasan dan segala-gala yang berkait dengan itu. Tersel…