Posts

Showing posts from April, 2013

Musim Raya dah Tiba

Malaysia ini memanglah bukan negara 4-musim, sebab musim kita lagi banyak daripada 4. Tak percaya? Kita ada m usim durian, musim orang kahwin, musim hujan, musim banjir, musim cuti sekolah (a.k.a. musim budak-budak berkhatan), musim tak ada air, musim tanah runtuh dan banyaaak lagi. Yang paling meriah dan ditunggu-tunggu tentulah musim Raya.   Ops, entri ini bukanlah nak cerita tentang persiapan Hari Raya, melampau weh, kalau story sekarang. Puasa pun belum. Ini nak cerita tentang satu lagi Raya yang 4-5 tahun sekali dialami oleh semua di tanah tumpah yang tercinta - tak kira agama, bangsa, keturunan dan kaum yakni Pilihan RAYA.   Akhirnya teka-teki sekian lama bila Pilihan Raya terjawab awal bulan ini dan makanya perang bendera, poster dan kempen pun bermula. Hari ini pula penamaan calon. Sana-sini dah meriah dengan pelbagai warna, lambang dan gelagat penyokong-penyokong parti.   Bila tiba musim Raya, seperti musim-musim lainnya, maka akan timbullah secara serta-merta &