Wednesday, May 1, 2013

Home Sweet Home: Bumbung oh Bumbung

Hai semua! Alhamdulillah, ada kesempatan sedikit nak update blog tentang pengalaman renovation rumah kami. Tapi sebelum tu, nak habaq mai yang entri ini semua back date ye. Renovation dah selesai dan kami pun dah berpindah masuk, Alhamdulillah. But I still want to share our experience through out the journey - sebagai kenangan dan mana tau ada reader yang dapat manfaat daripada pengalaman kami, kan?
 
Proses ubahsuai rumah kami boleh dikatakan lancar, selancar duit yang mengalir keluar, huk huk huk. Sedikit set back ialah semasa proses menukar bumbung rumah. Ketika tu tengah musim hujan. Hujan yang selebat-lebatnya, terutama waktu petang. Jadinya, kerja-kerja untuk siapkan bumbung tu sahaja berlanjutan hingga hampir sebulan. Bila lari timing (and budget too!) untuk bumbung, part lain pun tergendala jugalah. Apa nak buatkan, redha sahaja, insya Allah ada hikmah di sebalik tu.
 
Bumbung rumah kami tukar semua sekali, since part yang tambahan tu lebih banyak dari yang asal. Alang-alang dah tukar baru tu, kami tukar sekali warna bumbung dari terracotta kepada grey. Nampak modern sikit konon =) Bumbung kami beli dari satu hardware shop di Pekan Kajang. Sambil pasang bumbung, pasang sekali water tank baru since jumlah bilik air di rumah pun dah bertambah dari 2 ke 5! Kami beli water tank yang stainless steel dari hardware shop di Semenyih.
 
Pandangan hadapan rumah
Pandangan dekat sikit
Itu baru bab bumbung rumah, bumbung porch lain pula ceritanya. Kami pilih (sebenarnya si wife yang suggest, heheheh) untuk guna polycarbonate. Sebabnya, siling rumah kami agak rendah dan kalau guna bumbung biasa bimbang pula rumah jadi gelap. Jadinya poly adalah alternative yang baik untuk mendapatkan perlindungan daripada cuaca dan pada masa yang sama masih mendapat natural light daripada matahari.  

Kebetulan semasa kami pergi ke Home Dec Expo di PWTC tahun lepas, ada jumpa offer untuk poly dari  De Skylight Roofing Memandangkan konsep rumah konon-kononnya nak buat ala resort, untuk kami pilih pergola style untuk bumbung porch. Terdapat pilihan beam pergola sama ada diperbuat daripada kayu atau besi. Setelah menimbangkan pros &  cons, akhirnya kami pilih material besi (yang diwarnakan coklat, so nampak seperti kayu) atas faktor penyelenggaraan besi lebih mudah dari kayu dan faktor kos kerana besi lebih ekonomi.

Pemasangan poly ini antara proses terakhir renovation rumah kami. Rupa-rupanya rumit juga proses pemasangan poly ni kerana beam tu sangat berat dan besar. Bayangkan hanya guna 3 pekerja untuk mengangkat dan terus welding kesemua beam tanpa bantuan crane ke atau alat lain. Kesimpulannya, kami puas hati dengan hasilnya, lebih-lebih lagi bila melihat sendiri ketelitian workmanship mereka. Nak tengok macam mana rupanya? Jeng-jeng-jeng....
 

Saturday, April 20, 2013

Musim Raya dah Tiba

Malaysia ini memanglah bukan negara 4-musim, sebab musim kita lagi banyak daripada 4. Tak percaya? Kita ada musim durian, musim orang kahwin, musim hujan, musim banjir, musim cuti sekolah (a.k.a. musim budak-budak berkhatan), musim tak ada air, musim tanah runtuh dan banyaaak lagi. Yang paling meriah dan ditunggu-tunggu tentulah musim Raya.
 
Ops, entri ini bukanlah nak cerita tentang persiapan Hari Raya, melampau weh, kalau story sekarang. Puasa pun belum. Ini nak cerita tentang satu lagi Raya yang 4-5 tahun sekali dialami oleh semua di tanah tumpah yang tercinta - tak kira agama, bangsa, keturunan dan kaum yakni Pilihan RAYA.
 
Akhirnya teka-teki sekian lama bila Pilihan Raya terjawab awal bulan ini dan makanya perang bendera, poster dan kempen pun bermula. Hari ini pula penamaan calon. Sana-sini dah meriah dengan pelbagai warna, lambang dan gelagat penyokong-penyokong parti.
 
Bila tiba musim Raya, seperti musim-musim lainnya, maka akan timbullah secara serta-merta 'pakar-pakar' dan penganalisis politik di mana-mana - kedai kopi, dalam bas/teksi/LRT atau mana-mana pengangkutan awam, pejabat dan terutama sekali di laman media sosial. Seronok juga kadang-kala baca status dan analisis mereka ni, tak kira dari pihak yang pro atau kontra.
 
Tapi yang tak seronoknya bila ada di kalangan 'pakar-pakar' ni yang terlalu fanatik dengan fahaman masing-masing, hinggakan dirasakannya semua yang tidak sehaluan dengannya itu, salah sama sekali. Kalau dia memang ahli politik atau calon yang bertanding tu ok lagi, tapi yang terlalu beria-ia sampaikan boleh jadi berselisih faham dan lebih teruk bergaduh (sama ada di alam maya atau alam nyata) semata-mata nak menegakkan pandangan masing-masing. Entri ini secara khusus untuk meluahkan rasa kecewa saya dengan sebilangan personaliti yang kelihatan berubah haluannya secara total dalam musim RAYA ini.
 
Memanglah, itu hak masing-masing nak menggunakan peluang yang ada untuk berkongsi atau menegakkan fahaman atau pandangan atau sokongan kepada parti atau individu tertentu. Tetapi tak perlulah menggunakan perkataan yang terlalu ekstrem macam nak berperang bunyinya. Macam pihak satu lagi tu musuh ketat yang telah datang menceroboh dengan menggunakan keganasan. Walhal, pilihan RAYA ini, satu proses demokrasi. Semua warga negara yang cukup syarat bukan sahaja boleh mengundi, malahan boleh bertanding pun. Kalau tak ada parti, guna tiket calon bebas. Tiada siapa yang menghalang. Jadi, apa salahnya gunakan perkataan yang lebih tertib dan bersopan, bukankah bahasa jiwa bangsa? (Tiba-tiba jadi duta DBP)
 
Keduanya, saya kurang berkenan dengan personaliti yang terlibat dalam bidang agama, akademik dan seumpama dengannya bila mereka pun berlebih-lebihan dalam memberikan analisa berbaur politik. Saya amat berharap walau apa pun kecenderungan mereka, biarlah kelihatan apolitical di mata masyarakat. Sekali lagi, memang itu hak mereka untuk menggunakan peluang dan pengaruh mereka untuk menegakkan apa dan siapa yang disokong, tetapi pada pendapat saya, mereka perlu mengutamakan tanggungjawab atau taraf mereka sebagai pendakwah, pendidik, penunjuk arah kepada masyarakat terlebih dahulu sebelum berpolitik (melainkan mereka itu calon bertanding). Perlu diingat, Islam itu milik semua, bukan sebilangan ahli parti tertentu sahaja. Jadi, bila tokoh-tokoh ini pun terjebak, masyarakat kita yang sebahagian besarnya masih belum matang dalam arena politik, yang masih sukar untuk membezakan fahaman politik dan agama, akan bertambah celaru dan keliru.
 
Dan akhir sekali, walau macam mana bijak pun kita berkata-kata, perlu diingat, semuanya tidak bermakna jika kita tak keluar mengundi pada 5 Mei 2013 nanti. Lebih teruk lagi kalau jagoan di media sosial tu, tak sempat mendaftar sebagai pemilih =p. Kalau pihak yang disokong tu tak berjaya, jangan dicari salah di sini sana. Moral of the story, melainkan kita ini orang politik, tak perlu tambah dosa mencerca di sini sana,  sampai putus sahabat, putus saudara. Tiba masanya, gunakan hak kita mengundi dengan sebaik-baiknya. Peace you'all!

Saturday, March 23, 2013

Home Sweet Home: Tiles

Wah dah lama kot tak update perkembangan rumah. Niat asal nak update ikut progress, tapi apakan daya, tiada kesempatan Anyway,better late than never, right? I still want to document our experience in building our dream home. Walau pun comel je saiznya, tapi insha Allah, rumah sendiri =)

Tiles with wooden design
In this entry I would like to share our experience in doing the floor. We have to change the tiles of the whole house as the current one is quite sedih in condition.

Initially, we were considering wooden floor in order to get the earthy-resort feel. But we were quite skeptical on its ability to withstand the hot and humid weather, water/liquid spills etc in the long run. Little did we know that now there are tiles with wood design in the market! Of course it is cheaper to as compared with the real wood and it’s easier to maintain. So, happily we settled for the later due to both the durability and economic reasons.

But we only use the wood-design tiles for the master bedroom and patio. For the rest of the house we used the usual tiles.
Speaking of the tiles, we use NIRO tiles for the whole house – inside and out. Truth to be told, I never heard of the brand before. When it comes to tiles, I only know one brand - White Horse, and that is because of its constant ads in the radio. However, a  relative of us who is working in the construction industry, had introduced NIRO to us. It was told that most commercial areas – shopping malls, banks etc use Niro. Perhaps because it is more durable? I don’t really now, but we went to its show room in STADEC Segambut anyway.
 
For those who haven’t heard of STADEC before(like me), it stands for Segambut Tile and Interior Decoration Centre. Kelas kan Segambut, siap ada own ID centre! The place was very convenient, parking is not a problem (and it’s free!) and easy access from the main road. On our first visit there, we spent almost 5 hours in the store, taking our own sweet time in choosing the tiles for our house. The fact that the SA – Wan was so attentive, patient and knowledgeable made our visit(s) even better! I seriously recommend this place and SA to you guys. Yelah, kadang-kadang bila pergi kedai dapat pulak service yang teruk - SA not helpful, muka mencuka, garang, tak tau tentang produk, memang sakit hati. We are paying customers, so we deserve the best. Niro @ STADEC memang best!
Our choice for the porch
Adeelia pun sibuk memilih
Mak buyung pun tak ketinggalan
MH pening nak suit kehendak hati with budget =)
Of course I’m not an expert, but there are a few tips that I got that might help those who are looking for tiles as well –
 
(1)  Bigger size tiles will make the room/area look bigger and most of the time it is more economic too.

(2)  Be mindful if you choose to have dark-coloured tiles as it is more susceptible towards chemicals that been used in detergent, bleach or any other washing liquid.

(3)  In most cases, the tiles will cover the most (if not all) the area inside the house. So the design, material, size, the effect (shiny/matte) will affect the overall look and feel of the house. So don’t rush in making the decision, try and look out for as many options as you could before making the important decision.


Our initial choice for the hall, but later we found that it's too dark for our house
Hope you guys find it useful!