Bila Tin Kosong Berbunyi...

Bila tin kosong berbunyi,
Suaranya yang lantang, nyaring sekali,
Orang sekeliling pasti memerhati,
Tin kosong megah, bangga sekali...

Maka berterusanlah ia berbunyi,
Cakapnya berdegar, tidak terperi,
Berkata apa, tiada yang peduli,
Berbunyilah ia tiada berhenti...

Tapi tin kosong lupa...
Bila tin kosong berbunyi,
Mungkin ada yang rasa benci,
Sembangnya panjang tidak bererti,
Bunyinya keras, menyakitkan hati,

Tin kosong juga lupa...
Bila tin kosong berdiri,
Dia terhoyong-hayang ke kanan dan ke kiri,
Ditolak angin, jatuhlah ia ke tepi..

Tin kosong tidak sedar..
Nilai dirinya hanya pada pengumpul besi buruk,
Itu pun jika keadaannya tidak karat, masih berbentuk..

Lain pula halnya dengan tin yang ada isi,
Bunyinya kurang, tapi sentiasa dicari,
Kerana badannya sarat mengandungi isi,
Dipukul angin, tetap tegap berdiri..

Nadym, Hotel Rennaissance KL, 31 Mei 2011

Comments

rawsktar said…
maka kita semua patut jd tin yg berisi kacing kacing cinnggg
marmalade said…
wahhhhh sungguh best gurindam anda!
[gurindam kah?]

sini pun banyak tin kosong :)
kalau nak, boleh je amik. recycle. hihi.
Nadym said…
A: nak juga!
M: dapat ilham masa perhatikan orang dalam program tadi. Tapi yang saya jumpa tadi semua tin berisi, hebat sekali!!