Raya oh Raya!

Dah lama tak update blog, time nak update pula dalam suasana raya..Jadi relevan lah kalau saya cerita-ceriti tentang raya dalam entry kali ini. Bukan tak puas beraya, tapi kan raya sebulan? Itu menurut kata Azlina Aziz lah dalam lagu raya dia. (Sorry tajuk tak ingat, Suasana Hari Raya kot).


Raya kali ini agak istimewa sebab buat pertama kalinya saya dapat beraya dalam erti kata sebagai isteri dan ibu yang sebenar (ye ke?). Aidilfitri tahun lepas sepatutnya raya pertama saya dan MH sebagai suami-isteri. Tapi rezeki dari Allah, terus dapat beraya dengan baby. Kena pula masa raya tu saya baru habis pantang, kelam-kabut dengan baby semua, preparation raya pun gitu-gitu je.


Raya tahun ni pun taklah beria mana. Ala kadar je, cuma dapatlah buat kunjung hormat ke jalan TAR. Padahal belakang office je, hari-hari boleh pergi. Tapi time nak Raya lagi meriahlah kan. Kuih raya pun dapatlah buat 3 jenis - conrnflakes madu, chocolate chip dan my specialty biskut sarang semut. Yang lain biskut import! Adeelia pun sama sibuk nak buat kuih raya, padahal tahun lepas dia tak tau apa-apa heee.


Raya pertama dan kedua kami beraya di rumah mertua. Balik kampung lah sangat, kat Kajang je. Tiap-tiap minggu pun balik sana. Tapi tetap pasang lagu Balik Kampung dalam kereta. Jauh ke dekat, feel kena ada. Lagu raya favourite Adeelia tu!


Rumah mertua memang sentiasa meriah kalau family berkumpul. Apa taknya, cucu je dah 21 orang. Masuk adik-beradik MH 7 orang + suami/isteri masing-masing, tak ke ramai tu? Pagi raya memang tradisi selepas solat sunat raya untuk bersalam minta ampun dari Abah & Mak kemudian dengan abang2 & kakak2 ipar. MH anak nombor 5, ramai juga tu nak kena report! Kemudian dengan yang adik2 pun bersalam-salaman dan anak-anak saudara pun dapatlah duit raya. Alhamdulillah, dapat juga saya merasa pengalaman beraya yang meriah macam ni. Maklumlah family sendiri comel je, lepas Abah saya meninggal dan Adik pula duduk di US, tinggallah saya raya berdua je dengan Mama sebelum berkahwin dulu...sob..sob..sob. Tapi itu cerita lama, now dianugerahkan dengan ahli keluarga yang sangat ramai, terasa seronoknya.


Selepas menikmati juadah raya, satu lagi sesi wajib ialah sesi bergambar. Tahun ni konsepnya outdoor, maklumlah merdeka-raya katanya.


Petang raya pertama kami ziarah keluarga sebelah suami/mertua. Pergi Damansara-Shah Alam-Sentul. Raya kedua - Senawang-Bukit Antarabangsa. Pergi Senawang, selain nasi himpit, rendang, kuah kacang, Kak Ros siap jamu kami dengan nasi lemak sambal tumis udang dan karipap panas yang super marvellous! Di rumah Mak Mon Bukit Antarabangsa pula rezeki nasi putih dengan lauk 3 jenis sambal tumis - ikan bilis, udang dan kosong. Bukanlah niat nak jamu selera sebenarnya, tapi rezeki tuan rumah dah sediakan, makan ajelah. Semoga murah rezeki tuan-tuan rumah yang baik hati! Amin


Raya ketiga MH, Adeelia dan saya balik Johor. Menyusul Mama yang dah balik lebih awal. My parents-in-law dan brother-in-law pun menghala ke JB. Kami konvoi 2 kereta separuh jalan sebab diaorang straight away ke Johor. Yang kami akan ke Muar dulu. Suspense juga nak travel, sebab Adeelia memang dah lama sangat tak duduk dalam car seat. Selalunya dia lebih suka duduk atas pangku sambil aktif gerak sana-sini sampai naik sakit pinggang Mama dia. Last travel luar Klang Valley dengan Adeelia ialah masa holiday kat Cameron Highlands dulu. Itu pun dia tidur masa naik/turun bukit, tapi kat highway sangaaat ligat. Alhamdulillah, kali ni, dia alim je duduk dalam car seat tu sampai ke Muar. Kemudian baru dia merengek nak keluar. Dah boring dah tu gamaknya...

Di Muar kita orang lepak-lepak dulu di Tanjung Emas dan Giant Muar sebab family dari JB belum sampai lagi. Cadang nak konvoi ramai-ramai. Bila diaorang dah sampai Muar, mak oii sampai 5 kereta including ours! Memang meriah. Mula-mula kitaorang cari makan dulu sebab semua belum sempat breakfast. So kitaorang pun lunch ramai-ramai di food court Muara, Muar. Mee bandung, rojak buah, asam pedas, ABC aiskrim..tak ke food heaven tu!

Lepas beraya dua rumah di Muar kami ke Batu Pahat pula. On the way keluar dari rumah kedua baru perasan nama lorong tu 'Lorong Khair'...sempena family name Mama saya rasanya sebab memang dari keturunan Al-Khair. Dari Muar ke Batu Pahat kereta banyak dan jam tak hengat! Sampai dah Maghrib, orang tengah solat. Alhamdulillah, rezeki kami, tuan rumah jamu nasi briyani ayam Arab style. Rasa? Tak payah cakaplah, nanti korang jealous! Saya tambah dua kali, rasanya nasi mandhi Rawsha pun tak boleh lawan!

Dari Batu Pahat terus ke JB. Jam lagi! Sangat penat dan mengantuk sebab seharian di luar. Adeelia boleh pula maintain. She was in a very good mood, bersosial dengan bebudak lain, langsung tak cranky dan tak tau letih! The three of us stayed at M-Suites Hotel.
Early in the morning, MH travelled to Singapore with my brother in law to fetch Pakcik Mat, a long-time family friend. Kemudian we + Pakcik Mat beraya pula di Kampung Melayu Majidiee, rumah bapa mertua abang ipar saya. (Panjangkan connection dia?). Tapi itulah kelebihan orang Melayu rasanya, terutama time-time raya ni, tetamu memang diraikan tak kira siapa. Mesra muhibbah gitu. Masuk-masuk je rumah dah terbau ikan masing favourite - ikan tenggiri masin. Automatik rasa lapar =). Menu memang special hari tu, masakan ala kampung - siput sedut berlada, lemak perut lembu + nangka, ikan pari masak asam tumis dan tentunya ikan masin. Sangaaaat pedas okay, the siput sedut. Hingga menyebabkan air mata dan air hidung keluar (eiii!!). Tapi memang menyelerakan, tanpa malu dan segan saya pun menambah nasi 2 pinggan!

Dari Kg Melayu shoot ke Taman U, auntie side Mama. Dihidangkan soto pula! Lepak-lepak, sempat tidur petang lagi, kemudian ke Pulai pula, rumah sepupu. Isterinya jamu dengan mee goreng dan meehoon tomyam. Sedap!! Dari Pulai ke Mutiara Rini, singgah sekejap sebelum ke Kampung Melayu Majidee (lagi sekali!) - kali ni beraya di rumah parents kepada suami kepada sepupu saya (panjang lagi hubungan dia!). Borak-borak, makan biskut raya. Ingat nak minta diri dah, rupanya dijamu pula dengan murtabak Johor special dan sate! Murtabak Tomok ni katanya memang terkenal, queue nak beli pun panjang especially musim raya. Rasa memang sedap, garing dan berempah. Kulit nipis je..walau pun dah kenyang amat, makan lagi!! Kata orang rezeki jangan ditolak..hehehe.

Keesokan hari raikan Pakcik Mat yang akan balik Singapura di salah satu tempat favourite saya di JB - Plaza Larkin. Paling best kat situ kacang pool, rojak sotong dan ABC durian. Sayang sekali gerai rojak sotong masih belum dibuka. So kurang sikit lah ummpph dia. Ternampak pula orang jual bahulu montel perisa durian kat sini. Sebenarnya bahulu dia kecik comel, spesis sekali ngap dah hilang! Tak tau kenapa nama dia montel. Anyway, belikan bahulu sikit untuk buah tangan ahli keluarga dan kemudian shoot kembali ke Mutiara Rini. Rupa-rupanya my Auntie Umi dah siap masak briyani daging untuk jamu kami. Makan lagi! Seeedaap sekali! Complete dengan papadom! Kemudian balik ke Taman U, rehat-rehat sekejap dan malam tu kami beraya ke Taman Laguna, rumah cousin. Wife dia memang terkenal pandai masak. Dijamunya nasi palikat dengan ayam masak merah dan mee kari. Serious time ni rasa macam nak explode sebab kekenyangan. Lagi pun badan penat sangat. So saya makan sikit je walau pun sedap sebab dah teramat kenyang!

Kami bertolak balik KL pagi-pagi Ahad sebab takut jam. Alhamdulillah selamat sampai tengah hari. Kesimpulannya, raya yang best, tapi bukan kerana makan sedap-sedap, itu bonus. Tapi dapat ziarah ramai ahli keluarga dari both sides. Ada yang bertahun-tahun tak pernah jumpa, ada yang kami generasi baru ni baru pertama kali dapat berjumpa. Paling penting saya belajar pengalaman paling berguna - toleransi dan saling memahami amat penting dalam keluarga. Tak kiralah keluarga nukleus ke, sekunder ke apa-apa ke. Sebab keluarga ni ibarat air - walau dicincang tak akan putus. Terima ahli keluarga kita seadaanya. Jangan fokus atau bercakap tentang perkara negatif, tumpukan kepada perkara-perkara baik saja especially di hari baik bulan baik ni.

Cuma satu cadangan saya kepada stesen TV - masa raya janganlah siar cerita best-best, sebab diperhatikan ramai juga remaja/budak muda yang sekadar bersalaman dengan tetamu, kemudian mengadap TV, best sangat kot cerita yang ditayangkan atau tak ada ulangan (?). Kita berkumpul berjumpa tak setahun sekali. Apa salahnya ambil peluang berkenal-kenal dengan saudara-mara, tak ler nanti berselisih jalan pun tak kenal. Lagi pun banyak yang kenal-kenal saudara mara ni generasi mak-mak kita. Akan datang lagilah tak ada siapa yang kenal satu sama lain. Ingat-ingatlah ya!

P/S: Hasil 'pemakanan' yang tak terkawal semasa raya, balik KL timbang, berat saya naik 2kg!

Comments

marmalade said…
mak aiiiii. semua pasal makanan! siap highlight tuh! hahahahaha.

hebat! hehe.
selamat hari raya, maaf zahir dan batin ya!