10 Unforgivable Things about Ombak Rindu
Dah beberapa minggu Malaysia dilanda ombak - ‘Ombak Rindu’ (OR). Sana-sini orang memperkatakan tentang cerita terbaru arahan Osman Ali
ni. Kutipan tiket pun dengarnya dah cecah RM9 juta dan filem
ini masih rancak ditayangkan lagi. Memang untung besarlah produser filem tu sebab rasanya
cerita tu tak makan budget tinggi sebab tak ada stunt, tak ada CGI dan tak ada scene
overseas, jadi LHDN silalah kejar pihak-pihak yang berkaitan ni...hehehe.
Image from: http://photoimagepics.blogspot.com/ |
Saya & MH pun lambat pergi menonton filem OR ni. Bila curi-curi masa nak pergi tengok, tiket dah sold out, kali ketiga cuba nasib baru dapat. Kata penjual tiket tu, ada orang sampai 2-3 kali repeat tengok cerita ni...oohh patutlah. *high expectation*
Sedikit sinopsis cerita untuk yang belum menonton dan tak pernah baca novelnya - cerita berkisar tentang cinta 3 segi (ke segi tiga?) antara Izzah (Maya Karin), Encik Haris (Aaron Aziz) dan Mila (Lisa Surihani). Macam mana relationship Izzah-Haris yang asalnya benci bertukar menjadi rindu dan si Mila artis terkenal yang tergila-gilakan Haris dari remaja. Tambah pula dengan plot Ibu Mertuaku campur filem Bollywood sikit, memang meletuplah filem ni!
Sebenarnya, saya tak terkejut pun bila OR meletup di panggung. Kalau Hantu Kak Limah tu, memang terkejut sebab cerita dia unconventional dan lari dari norma-norma cerita Melayu biasa. OR ni ada semua gabungan ‘secret recipe’ untuk menghasilkan filem Melayu yang box-office. So, dengan rajinnya saya senaraikan di sini secret ingredients tu. Mana tau ada antara kita yang teringin nak buat filem nanti =)
Ramuan utama
- Pelakon lelaki kacak (Aaron Aziz lah, Bront
Palare pun macho gak bergantung pada taste masing-masing);
- Pelakon wanita jelita (Maya Karin & Lisa
Surihani, tak payah argue, memang cantik lawa dua-dua ni);
Bahan perencah
- Scene dalam hujan – in fact banyak sangat scene hujan dalam cerita tu
sampai saya rasa patut tukar tajuk filem kepada ‘Hujan Rindu’ =p;
- Scene dalam disko – ada orang (Melayu!) terkinja-kinja menari, lampu
pening-pening;
- Scene di hospital – ini lokasi wajib rasanya
dalam drama dan filem tempatan;
Ramuan istimewa
- Scene dari filem Bollywood – ada scene di stesen keretapi dan scene berlatarbelakangkan gunung-ganang ladang teh. Izzah pergi KL dengan keretapi walaupun bus ekspres dah banyak dan Pudu Station dah diupgrade. Bront Palare dikecewakan dengan dramatik sekali di sini.
Image from: http://photoimagepics.blogspot.com/ |
Memandangkan ini blog saya, jadi kalau orang tak tanya
pun saya akan bagi pandangan saya tentang filem ini. Seriously saya rasa tak ada yang istimewa sangat tentang filem OR ini selain daripada inilah gabungan kali pertama Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa
Surihani (very urban kan nama-nama diaorang?) dalam 1 cerita. Kemungkinan besar
cerita ni meletup sebab dah terlalu lama pasaran filem tempatan asyik tayang
cerita hantu/sihir/alam ghaib dan cerita tentang dunia gangster/mat
rempit/kongsi gelap. Jadi bila keluar cerita 100% tentang cinta, air mata ni,
penonton excited nak tengok. Oh, satu lagi, saya tak pernah baca novel tu, so my view is based purely on the movie only. Macam Nannoor, dia dah pernah baca novel tu, jadi penghayatan lebihlah.
Okeylah, ini 10 perkara yang saya rasa unforgivable tentang filem OR
ini.
- Tudung yang dipakai Izzah masa bernikah di Thailand dengan
tudung yang Mila pakai masa nikah SAMA! Cuma masa Mila pakai ditambah dengan
aksesori.
- Intonasi suara pengacara rancangan hiburan yang
interview Mila tu sangat annoying!
- Mekap mak Haris – Azizah Mahzan dengan mak Mila
sangat comot dan over, macam mekap zaman dulu-dulu.
- Masa adegan kejar-mengejar di kaki ladang teh, Izzah tak save nombor Haris dalam HP dia. Sebab semasa Haris telefon, yang keluar kat skrin telefon Izzah nombor, bukan Abang Haris/hubby/darling dan panggilan yang sewaktu dengannya. Tapi masa Haris call Izzah dari telefon rumah mak mentua (landline), keluar pulak nama Abang Haris kat skrin telefon tu.
- Masa Izzah main2 dengan kucing dia keadaan senyap sunyi, entah macam mana keluar suara pengacara yang annoying tu interview Mila tentang berita perkahwinan dengan Haris dari TV.
- Lagi pelik sebab expression wajah Izzah awal-awal lagi dah mendung, berkerut-kerut macam nak nangis sedangkan pengacara tu belum habis tanya Mila dan belum keluar lagi statement yang Mila akan kahwin dengan Haris.
- Lagi hairan lepas je sebut Mila akan kahwin dengan Haris, TV yang tiba-tiba berbunyi tu, terus senyap sedangkan Izzah tak ada tekan remote ke, bangun tutup TV ke. Hairan bin ajaib!
- Masa scene jumpa balik di kampung Izzah, Haris bagitau dia dah lama cari Izzah tapi tak jumpa-jumpa (sedangkan dia pernah baca IC Izzah dan Izzah pernah kerja kat company dia). Tapi beberapa minit lepas tu, Mila sampai kat kampung tu juga untuk cari Izzah. Macam mana Mila boleh senang je cari Izzah daripada Haris?
- Dialog Julia Ziegler sebagai Wafi sangat skema dan geli. Confuse dengan watak Wafi actually. Dressing punyalah sophisticated, tapi bila cakap bab cinta, terus lembik, siap keluar ayat 'Aku tak sanggup jadi abdi cinta". Banyak lagi dialog2 Wafi yang rasanya orang dah tak sebut dalam realiti cuma dalam novel cinta je kot.
- Watak Azizah Mahzan sebagai mak mentua dan orang kaya yang sombong dan kejam tak berkesan sebab terlalu over. Patutnya orang benci dengan watak tu, tapi saya rasa menyampah sebab terlalu dibuat-buat. Dalam hal ini watak Nyonya Mansor (Mak Dara) dalam filem 'Ibu Mertuaku' beribu kali ganda berkesan. Patutnya dia banyak pakai body language dan facial expression untuk tunjukkan kebencian dia pada Izzah dan kelicikan dia untuk pisahkan Izzah dan Haris.
Pada saya yang paling menyelamatkan filem OR ini adalah lakonan mantap pelakon utama - Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani. Aaron berjaya bawa watak hero yang balance - ada sisi gelap: playboy dan pemarah dan ada sisi soft: prihatin dan aksi-aksi comel. Bila scene menangis tu, memang real sebab dia nampak untuk tahan air mata, tapi mengalir juga. Watak Maya tak berapa susah actually sebab dia lebih kepada pasrah. Tapi dia memang pandai bermain dengan facial expression - dari naive-confuse-kecewa. Watak Lisa mula-mula nampak canggung. She tried too hard to get away from her girl-next-door image. But, along the way, she seemed to have found her rhythm. At times, I thought her character suffered from split personality because one minute she acted so lovey-dovey towards Haris, one second later, dia mengamuk sakan. Sebenarnya, Mila bukan jahat, tapi sangat kecewa bila Haris yang dia cinta dari remaja, nak batalkan perkahwinan pada saat-saat akhir sebab dah jumpa cinta lain. Siapa tak hangin kan...
Kesimpulannya, OR ni dalam kategori - boleh tengoklah, but not a must-watch. It could be better, only if the director gave more attention to the details especially the continuity, wardrobe and the acting of the supporting characters. Nak feel nangis pun tak jadi sebab banyak sangat benda yang overlook dan tak logik dek akal.
Comments