Step-by-step Guide untuk Renew Passport Pembantu Rumah Indonesia

Anda ada Pembantu Rumah Indonesia (PRI)? Hendak tahu cara-cara untuk renew passport PRI anda? Anda tidak perlu mencari lagi! Ya, di sinilah tempatnya!!

Cewah, ada macam iklan MLM tak? Hehehe...post ini bertujuan untuk share prosedur untuk renew passport PRI step-by-step based on pengalaman terkini saya pada 2 Februari lepas. So selain nak share info ni, post ini juga boleh jadi reminder should I have to undergo the same process later. Hopefully not in the near future lah!!

Passport PRI expire 18 Februari ini. Dah dekat sangat kan tempoh tamat dia? Itulah akibat saya yang suka bertangguh kerja, ditambah dengan kesibukan kerja di suasana baru, maka tindakan renew pada saat-saat akhir memang gamble betul.

So here it goes:

1.  Datang seawal mungkin ke Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Jalan Ampang. Saya sampai agak lewat, hampir pukul 8. Ada yang sampai seawal jam 6.00 pagi! Pastikan PRI dah siap bersarapan, lebih baik kalau dia bawa air mineral, roti atau biskut untuk alas perut. Elakkan PRI dari pakai baju/tudung putih atau warna terlalu cerah sebab gambar passport background putih.

2.  Don't expect to see proper signage or to get proper instruction. There are too many people there. Pergi ke bahagian kanan (your left hand side) Kedutaan dan anda akan nampak signage 'Antrian Pria' dan 'Antrian Wanita'. Anda akan nampak sebuah meja kayu kecil dan ada petugas di situ yang akan agihkan borang.

3.  Tunjuk passport lama PRI dan petugas akan beri borang yang sepatutnya. Untuk renew passport PRI akan dapat borang ini - borang biru (permohonan) dan kontrak kerja (diisi dalam 3 salinan).

4.  Minta PRI anda terus beratur sementara anda isikan borang tu kalau nak cepat. Jangan risau kalau kurang faham Bahasa Indonesia, ada English translation.

5.  Lepas isi borang tu, serah borang & passport pada PRI anda yang sedang berasak-asak dan bertolak-tolak beratur. Ini baru queue pertama: untuk ambil nombor giliran. Kalau nak ke toilet masa ini, dipersilakan. Queue memang panjang macam orang nak masuk stadium perlawanan akhir bola kelayakan ke Sukan Olimpik!

6.  Lepas dapat nombor, terus tarik PRI beratur di satu lagi barisan. Tak ada signage untuk barisan ini. Ada elemen of surprise di situ. Mula-mula tak tau beratur untuk apa, tapi sebab semua orang beratur, suruh saja PRI beratur kat situ. Queue yang ini diasingkan wanita dan lelaki. Kalau anda follow line yang sangat panjang hingga ke hujung tu, anda akan tahu bahawa ini queue untuk ambil gambar passport. Pihak Kedutaan sediakan perkhidmatan ambil gambar ini secara gratis a.k.a. percuma.

7.  Masa ini kalau kaki anda dah lenguh, sila masuk ke bangunan yang bercantum dengan tempat ambil gambar tu. Di situlah tempat pemprosesan passport - ada kaunter dan kerusi menunggu seperti biasa.

8.  Make sure PRI bawa nombor giliran semasa ambil gambar kerana akan dicop dan gambar terus di link dalam sistem pemprosesan passport.

9.  Lepas bergambar, duduk di ruangan yang disediakan dan tunggu sehingga nombor dipanggil. Kaunter akan mula beroperasi jam 9.00 pagi.

10.  Jam 9.00 pagi. Ada kaunter dibuka. Sabar, belum sampai turn lagi. Tunggu.

11.  Tunggu lagi. Boleh layan FB, Twitter atau apa yang patut semasa tunggu ni. Pastikan bateri handphone mencukupi.

12. Akhirnya nombor dipanggil. Pastikan anda bawa perkara-perkara ini bersama:
a) 1 Salinan passport lama PRI
b) 1 salinan permit kerja (yang masih laku)
c) 2 salinan IC majikan
d) 2 salinan insurans PRI (yang masih laku)
e) 3 salinan kontrak kerja (yang diberi di Kedutaan)
f) Duit pemprosesan RM18.00

13.  Selesai pembayaran, dapatkan resit dan nombor giliran tadi dan tunggu dipanggil di kaunter kedua.

14.  Penantian kaunter ini laaaagi lama. Semasa kunjungan saya, cuma ada 1 orang petugas kaunter yang perlu meneliti kesemua dokumen, kontrak kerja dan buat temuduga ringkas PRI dan majikan. Pada masa yang sama, orang lain akan datang ke kaunter tu untuk pertanyaan, minta dia semak dokumen dan macam-macam lagi.

15.  Tunggu lagi. Tunggu dan tunggu.

16.  Jam pukul 1 petang - ada announcement. Semua kaunter ditutup untuk rehat/makan tengah hari. Urusan disambung jam 2.00 petang. Semua mengeluh. Kalau bawa bekal boleh makan time ini. Saya tak bawa hatta biskut sekali pun. Laparrr!!

17.  Jam 2 lebih - kaunter dibuka. Tunggu lagi. Pukul 3 lebih, berkat menunggu dengan sabar, giliran kami tiba. Dokumen lengkap alhamdulillah. Ada temuduga ringkas.

18. Settle di kaunter kedua. Tunggu ambil passport di kaunter 3.

19.  Kaunter 3 di luar bangunan, ada atap. Di sini anda boleh main permainan hit the jackpot di sini sebab nombor yang dipanggil tak ikut giliran. Boleh patah balik nombor yang awal. Then jump ke nombor yang di hadapan anda. Unpredictable. Adakala 1 nombor pun tak dipanggil langsung dalam 10 minit. Reminder: kaunter ditutup jam 5 petang. Mana yang tak sempat ambil kena datang keesokan hari.

20.  Semua mata pandang ke skrin nombor. Kalau nombor anda naik, sila jerit "Yes!!" seperti orang menang loteri..(ini optional untuk menghilangkan keboringan menunggu!)

21. Jam 4 lebih - nombor dipanggil. Make sure PRI dah menyelit ke hadapan sebab orang ramai sangat nak ke hadapan agak susah. PRI ambil passport, kontrak kerja.

22.  Boleh balik. Yey!!

Kalau anda rasa remeh untuk buat urusan ini, khabarnya ada agen pembantu rumah yang boleh uruskan, tapi dengan bayaran yang lumayan dan PRI perlu tinggal 1 malam di hostel agen kerana mereka akan dihantar awal pagi. Tetapi ikutkan syarat untuk renew, majikan kena hadir sekali. Jadi terserah anda.

Maklumat yang saya share ini sehingga 2 Februari 2012, untuk info lebih detail dan terkini boleh rujuk website KBRI.

Comments

rawsktar said…
toowww dia lama gilaaaaaaa
Anonymous said…
Memang ramai gila...RI mencari rezeki di sini....tu pun RI masih ada nak bakar bendera Malaysia...
Anonymous said…
Salam nak tanya ttg renew pasport ni sbb ni 1st time. Permit bibik mati lambat lg tgh tahun dpn tapi pasport nye mati bulan 3 so mcm mn proses renew ek? Pasport lama bole simpan lg ke sebab sticker permit kan dalam pasport lama? Atau kt situ ada yg reprint sticker permit utk pasport baru? Tqvm
Nadym said…
Tak salah saya, semasa kita renew permit bibik, Pegawai Imigresen akan check bila tarikh passport mati.Macam kes saya, masa renew permit tu, pegawai imigresen check tengok passport bibik mati kurang dari 1 tahun. So dia renew kan permit untuk tempoh kurang dari tarikh passport tu mati.