Home Sweet Home: Bumbung oh Bumbung
Hai semua! Alhamdulillah, ada kesempatan sedikit nak update blog tentang pengalaman renovation rumah kami. Tapi sebelum tu, nak habaq mai yang entri ini semua back date ye. Renovation dah selesai dan kami pun dah berpindah masuk, Alhamdulillah. But I still want to share our experience through out the journey - sebagai kenangan dan mana tau ada reader yang dapat manfaat daripada pengalaman kami, kan? Proses ubahsuai rumah kami boleh dikatakan lancar, selancar duit yang mengalir keluar, huk huk huk. Sedikit set back ialah semasa proses menukar bumbung rumah. Ketika tu tengah musim hujan. Hujan yang selebat-lebatnya, terutama waktu petang. Jadinya, kerja-kerja untuk siapkan bumbung tu sahaja berlanjutan hingga hampir sebulan. Bila lari timing (and budget too!) untuk bumbung, part lain pun tergendala jugalah. Apa nak buatkan, redha sahaja, insya Allah ada hikmah di sebalik tu. Bumbung rumah kami tukar semua sekali, since part yang tambahan tu lebih banyak dari yang