Home Sweet Home: Bumbung oh Bumbung
Hai semua! Alhamdulillah, ada kesempatan sedikit nak update blog tentang pengalaman renovation rumah kami. Tapi sebelum tu, nak habaq mai yang entri ini semua back date ye. Renovation dah selesai dan kami pun dah berpindah masuk, Alhamdulillah. But I still want to share our experience through out the journey - sebagai kenangan dan mana tau ada reader yang dapat manfaat daripada pengalaman kami, kan?
Proses ubahsuai rumah kami boleh dikatakan lancar, selancar duit yang mengalir keluar, huk huk huk. Sedikit set back ialah semasa proses menukar bumbung rumah. Ketika tu tengah musim hujan. Hujan yang selebat-lebatnya, terutama waktu petang. Jadinya, kerja-kerja untuk siapkan bumbung tu sahaja berlanjutan hingga hampir sebulan. Bila lari timing (and budget too!) untuk bumbung, part lain pun tergendala jugalah. Apa nak buatkan, redha sahaja, insya Allah ada hikmah di sebalik tu.
Bumbung rumah kami tukar semua sekali, since part yang tambahan tu lebih banyak dari yang asal. Alang-alang dah tukar baru tu, kami tukar sekali warna bumbung dari terracotta kepada grey. Nampak modern sikit konon =) Bumbung kami beli dari satu hardware shop di Pekan Kajang. Sambil pasang bumbung, pasang sekali water tank baru since jumlah bilik air di rumah pun dah bertambah dari 2 ke 5! Kami beli water tank yang stainless steel dari hardware shop di Semenyih.
Pandangan hadapan rumah |
Pandangan dekat sikit |
Kebetulan semasa kami pergi ke Home Dec Expo di PWTC tahun lepas, ada jumpa offer untuk poly dari De Skylight Roofing Memandangkan konsep rumah konon-kononnya nak buat ala resort, untuk kami pilih pergola style untuk bumbung porch. Terdapat pilihan beam pergola sama ada diperbuat daripada kayu atau besi. Setelah menimbangkan pros & cons, akhirnya kami pilih material besi (yang diwarnakan coklat, so nampak seperti kayu) atas faktor penyelenggaraan besi lebih mudah dari kayu dan faktor kos kerana besi lebih ekonomi.
Pemasangan poly ini antara proses terakhir renovation rumah kami. Rupa-rupanya rumit juga proses pemasangan poly ni kerana beam tu sangat berat dan besar. Bayangkan hanya guna 3 pekerja untuk mengangkat dan terus welding kesemua beam tanpa bantuan crane ke atau alat lain. Kesimpulannya, kami puas hati dengan hasilnya, lebih-lebih lagi bila melihat sendiri ketelitian workmanship mereka. Nak tengok macam mana rupanya? Jeng-jeng-jeng....
Comments