Apa nak buat di rumah?
Caution: Ini entri mak-mak ya =)
Antara dilema atau rasa bersalah terhebat yang dialami oleh mana-mana working parents adalah bila dirasakan masa berkualiti yang dihabiskan bersama family especially anak-anak adalah sangat-sangat limited. Jika diikutkan kiraan kasar,pembahagian masa kebanyakan daripada kita adalah seperti ini:
40% - di tempat kerja, itu pun kalau dikira waktu kerja biasa 8 pagi - 5 petang. Tak termasuk stay back, out station, traffic jam semasa pergi/balik kerja
33% - untuk rehat/tidur jika dikira waktu tidur normal selama 8 jam. Walaupun golongan mak-mak memang takkan dapat tidur selama itu, uninterrupted hehehe
Jadi berapa sebenarnya waking hours yang kita ada untuk dihabiskan dengan anak-anak/ family? Lately itulah perkara yang sering menghantui saya. Mungkin kerana melihat Adeelia dan Aydeen dah semakin besar. Rasa macam sekejap saja masa berlalu..Tambah rasa bersalah bila sampai rumah tengok budak-budak dah tidur, terasa terkilan dan rugi sangat-sangat kerana masa tak akan kembali..
Oleh itu, antara azam tahun baru saya adalah untuk spend more time with my family especially the kids. Adeelia dah faham konsep 'Mama & Abah kena pergi work untuk beli barang-barang Adeelia & adik, nak bawa jalan-jalan', walau pun dia pernah mengalami satu phase tak bagi Mama pergi kerja sebab serik kena tinggal lebih 10 hari semasa saya outstation. Aydeen pula masih ada separation anxiety, tapi jika diberitahu "Mama kena work", kurang sikit drama pagi-pagi dia.
Jadi, bila ada masa (dan tenaga) terluang, selalunya we go for family outing- jenjalan pergi makan, bawa pergi playland, petting zoo, rumah Atok/Nenek etc. But lately, we are trying to minimize the outing and spend most of the time at home. Jenjalan ni kena kira juga dengan kos makan/minum, entrance fees playland semua tu, belum masuk tol, minyak, parking dsb. Sesekali tu bolehlah, tapi kalau seminggu lebih dari sekali, parah juga hehehe. Lagipun eating out selalu pun tak baik untuk kesihatan. Sebagai alternatif buatlah aktiviti di rumah.Tapi kadang-kala tak ada idea nak buat aktiviti apa di rumah. Kalau selalu repeat aktiviti yang sama, budak-budak sure boring. So, dalam kali ini nak share tentang 2 aktiviti yang pernah kami cuba di rumah:
Mould and Paint Set ni beli dari Toys R Us, dalam twenty plus RM. Set ni bukan budak je yang enjoy, mak/bapak budak pun sama hehehe. Leka bila membuatnya. Prosesnya mudah dan outcome pun cantik. Cuma, we can't expect the kids dalam umur seperti Adeelia (3+) to do the whole process, especially bab membancuh tu. Painting bolehlah, walaupun sememeh hehehe. Kesimpulannya, it's a recommended activity for the whole family! Provided mak tak kisah baju, rumah melekit dengan paint =).
Sebelum mula aktiviti Mould n Paint |
Hampir siap produk cupcake, tapi belum belum diwarnakan |
Satu lagi aktiviti yang baru kami buat hari ini ialah home made play dough. Adeelia memang suka sangat main Playdoh dengan Plasticine, termasuk tengok video Playdoh di Youtube yang memang menarik tu. Masalahnya, bila dibelikan, dia akan sumbat Playdoh/Plasticine tu merata-rata dan main pun sekejap je. Mana larat kan nak beli selalu. Alternatifnya jadikan aktiviti keluarga untuk buat sendiri dough tu. Bahan-bahan memang dah ada di dapur, method pun tak susah. Tinggal nak atau tidak je. Saya pun dah berbulan plan nak buat, baru hari ni kesampaian hehehe.
Idea dan resipi home made play dough ini saya dapat dan modify sikit dari blog Kak Husna. Bahan yang diperlukan seperti berikut:
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam
1 sudu besar minyak masak
1 sudu teh cream of tartar
Pewarna makanan
*Boleh buat dalam 2 adunan kecil playdough
Method: campur semua bahan (kecuali pewarna) dan masak atas api. Gaul hingga tekstur seperti mashed potato. Kemudian, tutup api, keluarkan adunan, asingkan mengikut jenis warna adunan yang akan disediakan dan campurkan pewarna. Uli hingga warna menjadi sekata. Tadaa! Dah boleh main! Senangkan, tak sampai 10 minit dah siap. Yang seronoknya sebab proses mudah dan boleh ajak si kecik buat bersama. Adeelia saya bagi tugas untuk campur bahan dan uli setelah letak pewarna. Terkejut dia tengok outcome sama macam Playdoh biasa beli tu. Bangga Mama dia sekejap hehehe. Cuma kat rumah takde pewarna merah untuk buat dough pink macam yang dia nak.
Model gembira + tak sangka projek Playdough menjadi |
Itulah antara aktiviti yang dibuat setakat ini. Adakala kering idea juga nak buat aktiviti apa di rumah, tapi nasib baik ada bloggers lain yang selalu berkongsi. Kalau you all ada idea lain, sharelah ya. Banyak manfaatnya =)
Comments