Dua Puluh Empat Belas
Salam tahun baru!
Mungkin 1-2 minggu ni you all dah jelak dengar perkataan tahun baru, azam baru dan sewaktu dengannya. Sebab itulah untuk entri kali ini, saja je letak title Dua Puluh Empat Belas, nak bagi kelainan sikit kononnya. Tapi intipati tetap berkisar tentang tahun baru 2014. Hehehe...

Mungkin bagi sesetengah orang tahun baru baik Hijrah atau Masehi ini hanyalah angka yang bertukar-tukar di hujungnya. Kita tetap sama, nama sama, tempat tinggal sama, kerja sama, rupa sama, cuma umur je meningkat. Betul juga. Ada juga yang berkata tidak perlu tunggu tahun baru untuk buat azam, kerana hari-hari mereka set target baru untuk jadi lebih baik dan sebagainya. Betul juga tu.
Senang cerita, apa jua perbezaan pandangan kita tentang tahun baru, azam baru dan sebagainya, kita berkongsi harapan yang sama - agar semuanya lebih baik dari dahulu. Baik dari segi peribadi, keluarga, kerjaya, ekonomi, kesihatan dan sebagainya. Tapi kita hanya merancang, berusaha, berdo'a dan bertawakal - yang memutuskan sama ada kita dapat atau tidak apa yang dicita-citakan itu Allah SWT. Mungkin kita telah berusaha keras, tetapi masih tidak dapat apa yang dihajati. Maka percayalah itu bukan kerana kita gagal dalam usaha, tetapi kerana Allah tidak mengizinkan dan sudah tentunya kerana ada hikmah di sebaliknya yang kita sebagai manusia biasa mungkin tidak faham. Tidak tercapai dek akal kita.
Oleh itu, entri ini ditulis sebagai pesanan kepada diri sendiri agar tidak henti berusaha, berdo'a dan bertawakal, tetapi jangan cepat putus asa dan kecewa sekiranya cita-cita tidak kesampaian. Allah has better plans for us. Sentiasalah bersangka baik. Semoga tahun ini lebih positif untuk semua!

Comments