Entri sempena Hari Pekerja

Semalam semasa post ucapan Selamat Hari Pekerja di FB, saya mengimbau kembali kenangan pekerjaan terawal yang pernah dibuat semenjak remaja hingga kini. Niat di hati sekadar nak berkongsi pengalaman lama. Tetapi, selepas post status tersebut dan dapat reaksi daripada kawan-kawan, saya baru tersedar, bahawasanya pengalaman bekerja rencam itu walaupun singkat, telah turut mencorakkan siapa diri saya kini.

So, I decided to share the full story here, as a reminder for myself and also as a reminisce of the memories of working for the first time.

Pekerjaan pertama saya ialah semasa berumur 19 tahun, kerja sementara semasa cuti semester. Ketika itu saya masih belajar di Matrikulasi UPM. Niat bekerja memang untuk dapat pendapatan. Abah baru meninggal dunia ketika itu. It was a turning point to me. I realized that I need to leave the old lifestyle and in order to survive, I have to do something. As an introvert + low self-esteem (yang melampau ketika itu), to make the first move- to walk out of the house, to enter the premise and to finally ask whether they need an extra help, was already a very challenging task for me.

Pengajaran di sini - in every journey, taking the first step is the MOST difficult. But you have to take it, in order for you to be to the place that you want to be.
First job di sebuah bakeri. Masa minta kerja pergi bakeri di Wangsa Maju, tetapi rupanya perlu rotate bertugas di branch KLCC juga. Memulakan kerja bakeri di food court KLCC terasa macam glamour kan? Hehehe. Pergi-balik kerja naik LRT. Job scope termasuklah jadi cashier, packer, stock keeper, cleaner even cake decorator. Mula-mula kerja rasanya yang paling pening ialah menjadi cashier sebab nak hafal nama & harga roti yang berjenis-jenis, tambahan pula shift partner awal-awal dah remind, duit jangan short. Lagilah takut! 

Kenangan kelakar semasa kerja di sini ialah baru 5-minit belajar piping icing atas kek, tiba-tiba ada pula customer request untuk tulis ucapan atas kek yang dibeli. Masa tu my partner pula break, so berani kan dirilah guna icing! Hasilnya? Memang teruk, tulisan macam cacing sebab tangan tak steady. Lagipun customer tu beli kek kecil, tapi ucapan panjang, lagilah haru! Penyudahnya, masa customer datang semula ambil kek tu, saya dah siap-siap letak dalam kotak, so dia tak boleh tengok 'hasilnya' ketika itu. Bila ingat balik, kelakar betul. Mesti muka customer tu lagi suprise masa buka kotak kek tu daripada orang yang dia nak suprise kan hehehe.

Tapi, saya bertahan kerja 2 hari saja di situ. Antara puncanya, masa hari kedua, handphone Motorola saya hilang masa letak atas counter. Sekelip mata je tak ada. Tetapi sebenarnya, saya ada instinct kurang best ketika itu. Bila syif malam, LRT dah sunyi lagipun saya kurang selesa dengan 'perhatian' yang diberikan oleh geng yang kerja di gerai sebelah.

Pengalaman kerja 2 hari tak mematahkan semangat saya untuk bekerja lagi. Kali ini saya make sure betul-betul  kerja di kawasan rumah saja. Supermarket B&O ni memang paling dekat di rumah. Minta kerja, dapat pula dengan gaji RM3.50/jam. Tapi boss tak tahu status saya as a student & nak kerja temporary saja kerana during that time mostly majikan tak nak pekerja sementara/part-time. Kerja dari 10 pagi - 10 malam dengan 1-hour break. Mula-mula kena menyapu/mop lantai kedai (gilir-gilir dengan rakan sekerja lain), then kemas dan susun barang-barang di seksyen masing-masing. Kalau ada new stock, kena letak harga guna gun (excited masa ni!), then stand-by di seksyen masing-masing kot-kot ada orang tanya tentang barang ke, ada niat nak curi ke, budak-budak sepahkan barang kat rak ke dan sebagainya. Sambil-sambil kerja tu sempat jeling-jeling jam. Allah, lamanya nak cecah sejam! Remember 1 jam = RM3.50? Kerja pula memang berdiri hampir setiap masa. Balik rumah, lepas makan memang terus tidur sebab penat.

Pengalaman kerja sementara ni memang menarik. Tapi pengalaman yang paling saya tak dapat lupa ialah setiap pagi saya akan cepat-cepat nak sudahkan kerja menyapu/mop lantai. Kalau pagi tu bos lambat datang bawa kunci kedai, memang rasa tension je. Sebabnya saya sangat-sangat malu bila kena menyapu/mop time customer dah mula datang. Sangat-sangat. Kalau saya ni turtle, dah lama sembunyi kepala dalam shell. Tapi sekarang ni, bila fikir balik, apa yang dimalukan, betul tak? Buat kerja halal, cari rezeki. Bukan buat tak senonoh. Mungkin masa tu rasa malu sebab masih muda, kurang matang dan ada sedikit pride (maybe?) sebab student Universiti tapi kena buat kerja rencam begitu.

Pengalaman paling best of course bila terima gaji pertama. Dalam lingkungan RM750. Rasa happy sangat dapat pegang the hard-earned money. Masa terima gaji tu baru saya bagitau boss tentang status saya. Alhamdulillah, boss faham situasi saya sampaikan dia offer untuk kerja everytime saya cuti semester =) Sebenarnya, lega sangat bila dapat bagitau boss tentang situasi sebenar, sebab rasa tak selesa sangat-sangat bila sembunyi gitu. 

Banyak sebenarnya pengajaran yang saya dapat dalam bekerja rencam ni. Antaranya, always give your best in whatever you do. Selain self-satisfaction dan mendapat rezeki halal, keikhlasan dan kebaikan dalam melaksanakan kerja itu akan terserlah sendiri tanpa perlu kita menghebahkannya atau dalam kata lain tanpa perlu propa hehehe

Itulah pengalaman kerja terawal saya. Kadang-kala dalam menikmati masa sekarang, kita terlupa siapa kita dahulu. That's why I'm sharing the story in here, so I will not forget where I came from, In Sha Allah....

Comments