Ramadhan Boot Camp
Salam Ramadhan semua! Diam tak diam hari ini masuklah hari ke-16 kita berpuasa. Alhamdulillah.Memang entri ini tertinggal keretapi, tapi masih juga saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Meningkatkan Ibadah di bulan Ramadhan ini. Bercakap tentang berpuasa ini, memanglah semua pun tahu yang bulan ini kita dilarang daripada makan/minum dan melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit matahari sehinggalah terbenam matahari pada hari tersebut. Begitu juga dengan ibadah eksklusif bulan Ramadhan seperti membayar zakat fitrah, menunaikan solat sunat terawikh dan sebagainya. Itu boleh dikirakan satu kelaziman untuk dilaksanakan dalam bulan ini. Tetapi t ahun ini, mungkin disebabkan faktor peningkatan usia (sob! sob!) , saya ada perspektif tambahan tentang ibadah berpuasa yang ingin dikongsikan di sini. Jika kita perasan, semasa bulan Ramadhan ni, kebanyakan daripada kita akan jadi e xtra cautious dengan setiap pertuturan, sikap dan tindakan kita. Contohn...