Ramadhan Boot Camp
Salam Ramadhan semua! Diam tak diam hari ini masuklah hari ke-16 kita berpuasa. Alhamdulillah.Memang entri ini tertinggal keretapi, tapi masih juga saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Meningkatkan Ibadah di bulan Ramadhan ini.
Bercakap tentang berpuasa ini, memanglah semua pun tahu yang bulan ini kita dilarang daripada makan/minum dan melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit matahari sehinggalah terbenam matahari pada hari tersebut. Begitu juga dengan ibadah eksklusif bulan Ramadhan seperti membayar zakat fitrah, menunaikan solat sunat terawikh dan sebagainya. Itu boleh dikirakan satu kelaziman untuk dilaksanakan dalam bulan ini.
Tetapi tahun ini, mungkin disebabkan faktor peningkatan usia (sob! sob!), saya ada perspektif tambahan tentang ibadah berpuasa yang ingin dikongsikan di sini.
Jika kita perasan, semasa bulan Ramadhan ni, kebanyakan daripada kita akan jadi extra cautious dengan setiap pertuturan, sikap dan tindakan kita. Contohnya, "Tak boleh cakap tipu. Puasa!" Atau kalau ada yang mengajak kita melakukan perkara lagha kita akan jawab "Eh, mana boleh. Kan puasa!" Nak marah-marah pun terus tak jadi bila teringat "Eh aku kan tengah puasa". Begitu juga dengan aktiviti bergossip dan lain-lain yang akan dijauhi atau dihentikan serta-merta semasa berpuasa. Semuanya kerana kita tak mahu mengurangkan kualiti atau pahala puasa kita.
Photo courtesy of Google Image |
Tapi kalau difikir semula, menipu, mengumpat, marah-marah bukannya termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa, kan? Lagi pun, bukankah kita memang tidak boleh menipu/berbohong/mengumpat dan melakukan perkara-perkara lain yang sewaktu dengannya sama ada semasa kita berpuasa atau tidak? So kenapa dalam bulan Ramadhan saja kita berhati-hati dengan tidak melakukan perkara-perkara macam tu dan tidak pada waktu lain?
Begitu juga semasa Ramadhan, dengan kurang makan/minum, kurang tidur dan sebagainya, tetapi kita masih gigih untuk cari masa untuk baca Al_Quran, solat sunat serta ibadah lainnya yang mungkin (bagi saya sendiri) agak sukar untuk diamalkan secara istiqamah dalam hari-hari biasa kerana alasan yang cliche - tak sempat atau cukup masa. Tapi boleh je kan buat semasa Ramadhan?
Pada saya, Ramadhan ibarat bootcamp untuk bantu kita kembali kepada fitrah sebagai manusia. Ramadhan is a training period to make us a better person, physically, mentally and definitely spiritually. Secara asasnya, memang puasa melibatkan larangan fizikal, tetapi hikmah daripada menghadkan keperluan fizikal seperti makan/minum itu ialah kita dapat 'membangunkan' deria keenam kita yang mungkin 'tidur' selama ini kena terlebih makan, minum, hiburan dan perkara-perkara lagha yang lainnya.
I think we make better judgement when we are fasting, because we let our conscience to lead ourselves instead of our nafsu. We are more aware of the way we carry ourselves, the words that come out from our mouth, our thinking, the way we act and react etc. This is only my humble observation. But let's continue the good practice that we've been doing during the 30-days of Ramadhan boot camp for the rest of the year =)
Comments