Lagenda Budak 'Kejut'
Wah, mengambil mood filem Lagenda Budak Setan (walaupun tak pernah baca novel & tengok filem tu), kali ni nak bercerita tentang pengalaman menjadi budak kejuruteraan atau nama glamernya budak 'kejut'. Mungkin ramai yang tak tau, masa di universiti dulu, saya ambil engineering. Tapi tak pernah practice, rezeki bukan dalam bidang itu =) Idea nak mengimbau kenangan lama datang gara-gara HLP. Semasa hantar proposal , perlu sertakan sekali salinan ijazah. Biasalah, bila dah kerja ni, folder sijil semua tu dibuka bila perlu saja. Masa dok belek folder sijil tu, entah macam mana ada satu perasaan menyelinap. Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan itu . Ini kot dipanggil nostalgia lama menggamit perasaan? Fuh, ayat memang Klasik FM sangat hehehe! Isnin lepas pula dalam Utusan-Mega, keluar berita tentang my Alma mater, specifically course yang diambil se masa di UPM dulu. Excited mak sebab Process & Food Engineering ini tidaklah se 'glamour' bidang