Lagenda Budak 'Kejut'
Wah, mengambil mood filem Lagenda Budak Setan (walaupun tak pernah baca novel & tengok filem tu), kali ni nak bercerita tentang pengalaman menjadi budak kejuruteraan atau nama glamernya budak 'kejut'. Mungkin ramai yang tak tau, masa di universiti dulu, saya ambil engineering. Tapi tak pernah practice, rezeki bukan dalam bidang itu =)
Idea nak mengimbau kenangan lama datang gara-gara HLP. Semasa hantar proposal, perlu sertakan sekali salinan ijazah. Biasalah, bila dah kerja ni, folder sijil semua tu dibuka bila perlu saja. Masa dok belek folder sijil tu, entah macam mana ada satu perasaan menyelinap. Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan itu. Ini kot dipanggil nostalgia lama menggamit perasaan? Fuh, ayat memang Klasik FM sangat hehehe!
Isnin lepas pula dalam Utusan-Mega, keluar berita tentang my Alma mater, specifically course yang diambil semasa di UPM dulu. Excited mak sebab Process & Food Engineering ini tidaklah se 'glamour' bidang engineering yang lain. Di Malaysia, course ni hanya ada di UPM, tau walaupun di overseas, especially in developed countries memang ada. If I'm not mistaken it was the brainchild of the great Tun M.
Idea nak mengimbau kenangan lama datang gara-gara HLP. Semasa hantar proposal, perlu sertakan sekali salinan ijazah. Biasalah, bila dah kerja ni, folder sijil semua tu dibuka bila perlu saja. Masa dok belek folder sijil tu, entah macam mana ada satu perasaan menyelinap. Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan itu. Ini kot dipanggil nostalgia lama menggamit perasaan? Fuh, ayat memang Klasik FM sangat hehehe!
Isnin lepas pula dalam Utusan-Mega, keluar berita tentang my Alma mater, specifically course yang diambil semasa di UPM dulu. Excited mak sebab Process & Food Engineering ini tidaklah se 'glamour' bidang engineering yang lain. Di Malaysia, course ni hanya ada di UPM, tau walaupun di overseas, especially in developed countries memang ada. If I'm not mistaken it was the brainchild of the great Tun M.
Kejuruteraan Proses & Makanan - Utusan, sisipan Mega, 8 September 2014 |
Anyway, back to pengalaman menjadi budak 'kejut', memang mula-mula dengar ter'kejut', tapi lama-lama dah biasa. =) Banyak juga tanggapan/persepsi orang terhadap budak 'kejut' ni. Pertama sekali, budak-budak 'kejut' ni selalunya dikaitkan dengan mereka yang sempoi sebab selalu pakai jeans + T-shirt saja ke kuliah (dan ke mana-mana sebenarnya!). Kira simple habis, baik lelaki atau wanita. Common look ialah lelaki pakai T-shirt lusuh (rugged look) dan wanita dengan sweatshirt (tak payah gosok) & tudung selempang.
Ni hari ada bengkel, sempoi! |
Sebenarnya, ada sebab kenapa we all berpakaian ringkas macam tu. Antaranya kerana perlu sesuaikan dengan aktiviti harian yang kebanyakkannya memerlukan pergerakan yang banyak dan lasak terutama kalau ada bengkel atau field work - outdoor di bawah cuaca panas. Tetapi, bila kata sempoi tu, bukanlah semua dan bukanlah sepanjang masa kami maintain imej macam tu. Walau pun mungkin tak berapa ramai, bila keadaan mengizinkan iaitu hari-hari yang ada kuliah saja tanpa bengkel, ada coursemates wanita yang ayu berbaju kurung. Myself pun memang hidup dengan jeans + top, tapi selalunya top itu adalah feminin. Ada corak bunga-bunga, warna pulak pastel, fesyen macam-macam termasuk tangan kembang macam baju Saloma (Bohemian style tengah 'in' masa tu!). Oh yes, I also wore make-up. Hehehe..
Satu lagi, dikatakan budak kejut ni berada di dunia lelaki. Itu memang betullah. During my time, daripada students, lecturer hingga ke lab assistants - majoriti adalah lelaki. But to me, the fact that it is/was a male-dominated field, doesn't really matter. Tak pernah pun inferior atau rasa yang kita ni tak layak untuk belajar dan buat apa yang student lelaki buat. Sama je. Panjat silo yang tinggi dan berkarat? I did it. Handle machines? I did it. Masuk industrial area? I went there as well. No problemo! Lecturers and coursemates pun very supportive dan tak pernah jadikan jantina sebagai isu. Mungkin ada sesetengah orang/pihak yang memandang ini sebagai kurang manis, tidak sesuai untuk wanita buat itu semua. But it is unfair to discriminate the capability of women to do all that, just because of their sex. It's all about believing in your own capability.
Group ayu dalam kelas 10 tahun lepas =) |
Yang ni persepsi biasa juga bahawasanya budak kejut ni nerd. Jawapan saya untuk yang ni 50-50. Pernah ada pengalaman pengetua satu kolej kediaman ni tak favour untuk ambil budak-budak kejut duduk di kolej dia, sebab katanya kami ni anti-sosial. Kalau ikut pengalaman saya, kami ni taklah anti-sosial, tapi kekurangan masa sebab credit hours untuk engineering course ini banyak, jadinya setiap semester jadual memang crammed. Lab hours pun panjang. Based on my experience, we spent most of our waking hours at the faculty. Malam pun kalau tak ada tutorial atau kelas ganti barulah ada free time. Jadi memanglah kurang masa untuk sertai aktiviti kolej ke, persatuan mahasiswa ke, sebab komitmen dah tinggi. Takut giler kot kalau kena GB (gagal berhenti) sebab statistik GB budak kejut memang tinggi hehehe. Sebab tu kot orang kata nerd. Tapi, walau pun tak ramai, memang ada budak kejut yang aktif berpersatuan etc. Memang salute habis lah dengan diaorang sebab pandai bahagikan masa. Tapi saya sendiri balik kuliah memang flat. Lepas Isya', dalam pukul 9 dah tidur sebab kepenatan. Then bangun awal pagi, pukul 4 atau 5 pagi ke untuk buat assignment / revision, kemudian terus ke kuliah jam 8 pagi. Tapi ada juga kami sertai aktiviti fakulti sikit-sikit, macam join organizing committee untuk annual dinner fakulti ni. Jangan terkejut, siang sempoi, malam terus amboi!!
Satu lagi kaitan popular tentang budak kejut ialah kami dan killer subject/repeat paper tak boleh dipisahkan. Ha, ini satu 'penyakit' berjangkit masa undergrad dulu. Antara topik/amanat hangat bila jumpa/sembang dengan senior adalah tentang killer subject. "Ha, ko ambik subjek tu? Tu memang ramai repeat, dekat satu kelas repeat" Antara method untuk tahu sesuatu subjek tu susah atau tidak adalah (i) Tengok bilangan senior yang repeat paper tu dalam kelas kita (lagi ramai maknanya lagi susah!) (ii) Bila lecturer bagitau, open book exam. Ha, tu memang confirm killer subject sebab walaupun kita buka text book tebal dari depan ke belakang pun, memang takkan jumpa jawapan sebab itu untuk applied knowledge. Text book tu bagi teori/formula aje. Memang betul, ada subject engineering yang betul-betul mencabar, but I believe that's the same with other non-engineering course, right? Ada juga subjek yang sangat-sangat susah, ada yang sederhana tahap kesukarannya, sama saja. Tapi untuk jadikan repeat paper as a norm, itu salah pada saya. Buang masa dan ganggu CGPA kalau ada fail satu paper. Alhamdulillah, saya dan beberapa orang rakan berjaya atasi 'tanggapan normal' itu dan berjaya grad tanpa repeat satu paper pun. Malahan score untuk satu paper yang paling killer. Rahsianya? Pertama sekali buang jauh-jauh tanggapan yang subjek itu susah walau macam mana ditakut-takutkan oleh senior. Kalau mula-mula masuk kelas dah set dalam kepala, "Ala subjek ni confirm kena repeat, sebab susah" - maka itulah yang kita akan dapat sebab minda akan tolak segala-galanya tentang subjek itu. Kedua, jadikan lecturer subjek itu walaupun garang/serius macam mana sekali pun dia, sebagai pembimbing bukan musuh. Bagi perhatian kepadanya dalam kuliah (walaupun tak faham apa yang dicakap), ambil peluang tanya kalau tak faham. Dan akhir sekali sudah tentu kerja kuat! Saya sendiri memang tak dilahirkan dengan photographic memory. Memang tak cukup dengan pemahaman masa lecture, kena study sendiri. One more thing, no shortcuts. Kalau ada soalan tutorial yang tak reti jawap, jangan simply copy dari kawan-kawan kemudian terus hantar. Sambil copy tu, tanya sekali macam mana dia dapat jawapan tu. Ambil peluang untuk belajar dari sesiapa sekali pun.
Bila teringat kenangan dan kepayahan untuk menghabiskan 4 tahun pembelajaran di universiti dulu, memang terharu. Saya memang depend pada PTPTN untuk hidup. Tak ada PC di hostel, tak ada kenderaan sendiri untuk ke sana sini. Bayangkan nak buat assignment, especially Auto CAD yang memakan masa berjam-berjam tu kena guna PC di lab, cyber cafe atau pinjam PC kawan semasa dia tak guna. Curi-curi masa. Ke sana sini pun tumpang kawan-kawan atau naik bas/jalan kaki. Alhamdulillah saya diberikan Allah SWT rakan-rakan yang baik, saling membantu dan sama-sama berusaha untuk berjaya terutama Hidayah. Kami berdua dan 2-3 orang lagi rakan lelaki adalah antara segelintir budak Melayu 'kejut' dalam course tu yang berjaya grad on time. Look at my best friend now - Dr Hidayah Ariffin. She got her doctorate in her 20's, now lecturing in UPM dan dah jadi ikon okay =) So proud of her. Anyway, kenangan sebagai budak kejut bermula dari Matriks Kejuruteraan 1998-2000 dan kemudian Bachelor Kejuruteraan 2000-2004 memang best!
Comments