Cuti-Cuti Malaysia : Bukit Gambang Safari Park
Hello! ! Kisahnya, rancangan ke Bukit Gambang Resort City (BGRC) ini tersangatlah last minute nya hinggakan tempahan bilik pun dibuat pada malam kejadian sedangkan cadangan nak pergi berjalan-jalan ni dah agak lama. Alhamdulillah, walaupun tempahan saat-saat akhir di waktu cuti hujung minggu yang panjang, kami dapat secure pakej untuk penginapan apartment 2 bilik, tiket masuk Safari Park, Water Park termasuk breakfast & dinner. Antara tarikan utama kami memilih ke BGRC adalah disebabkan ada combo Safari Park dan Water Park. Kedua-duanya aktiviti yang memang menjadi kegemaran budak-budak (dan mak bapaknya juga!) Jadinya, kami pergi satu tempat tapi dapat experience dua aktiviti yang berbeza ~ terasa bijak di situ 😄 Selepas check-in & berehat sebentar di bilik, kami menuju ke lobi untuk menaiki tram ke Safari Park. Untuk ke Safari Park, pengunjung boleh memilih sama ada untuk memandu sendiri (tak jauh pun) atau menggunakan perkhidmatan tram...