Cuti-Cuti Malaysia : Bukit Gambang Safari Park

Hello! !

Kisahnya, rancangan ke Bukit Gambang Resort City (BGRC) ini tersangatlah last minute nya hinggakan tempahan bilik pun dibuat pada malam kejadian sedangkan cadangan nak pergi berjalan-jalan ni dah agak lama. Alhamdulillah, walaupun tempahan saat-saat akhir di waktu cuti hujung minggu yang panjang, kami dapat secure pakej untuk penginapan apartment 2 bilik, tiket masuk Safari Park, Water Park termasuk breakfast & dinner. 

Antara tarikan utama kami memilih ke BGRC adalah disebabkan ada combo Safari Park dan Water Park. Kedua-duanya aktiviti yang memang menjadi kegemaran budak-budak (dan mak bapaknya juga!) Jadinya, kami pergi satu tempat tapi dapat experience dua aktiviti yang berbeza ~ terasa bijak di situ 😄 

Selepas check-in & berehat sebentar di bilik, kami menuju ke lobi untuk menaiki tram ke Safari Park. Untuk ke Safari Park, pengunjung boleh memilih sama ada untuk memandu sendiri (tak jauh pun) atau menggunakan perkhidmatan tram yang disediakan percuma setiap 15 minit. Kami memilih untuk menaiki tram, bila lagi kan nak merasa? Keadaan dalam tram selesa, ada kipas tapi iols seram sejuk bila part pemandu tu ambil corner sambil turun bukit.

Keadaan luar tram
Keadaan dalam tram
Safari Park ini terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut kategori haiwan yang berada di situ. Kawasan liputannya luas (katanya the largest Safari Park in Malaysia tau!) dan kebanyakan bahagian ditutup  pada jam 6 petang. Tips #1: Sila dapatkan peta lokasi yang sangat-sangat membantu untuk perancangan pergerakan sebab kawasan besar. Memandangkan kami sampai pun dah jam 4 petang dan dikhuatiri hujan, sangat penting untuk buat perancangan rapi. Oleh itu, kami terus menuju ke Wild Savannah, bahagian yang paling jauh dan memang khusus safari. Untuk ke sini perlu naik tram ke satu Stesen lain, kemudian tukar ke tram khas untuk memasuki kawasan safari. Tram khas ni berbeza sikit dari tram yang dinaiki sebelum ini kerana berhawa dingin dan tingkapnya tak boleh dibuka, for safety reason, of course. Baru naik tram dah adventure sebab masuk je ke kawasan  rough terrain tu, dengan bergegar-gegar, terhoyong-hayang, memang fefeeling Safari di Afrika 😂

As in the real safari, the animals were let to roam freely around the park which quite close to their natural habitat (at least to me). Ada guide yang ikut sekali dalam tram untuk beri penerangan tentang haiwan yang kita expect untuk jumpa di setiap kawasan tersebut. Antara haiwan yang ditemui: 


Cheetah!
Dubuk
Zebra
Lembu Bali @ Lembu Pakai Stokin
 Highlight of the day sudah tentu bila dapat up, close and personal with the King(s) of the Jungle:


Albino lion ~ katanya kulit jadi tanned sebab malas mandi! 
The predators were kept in different sections and to enter the predators' section, we had to go through this double-lock electric gate which was really exciting because it reminded us of Jurassic Park 😊 Diberitakan si Singa baru dapat baby, so pasangan dan baby ditempatkan di kawasan lain. Nampak begitu bosan beliau keseekoran di situ, asyik menguap je.

Selepas tu, kami menuju ke tempat Raja Rimba, memang ada 'istana' khas untuk Harimau Malaya yang handsome ni. Berbeza dengan singa, walaupun keseekoran, Pak Belang busy ke hulu hilir berjalan dengan muka macam tengah berfikir. I seriously thought the tiger was plotting something on his head. 
Pak Belang
Selepas Savannah, kami kembali semula ke tram station dan meneruskan eksplorasi dengan berjalan kaki. Oh ya, Tips #2: pastikan pakai kasut dan pakaian yang selesa dan elakkan dari membawa banyak barang sebab banyak pergerakan di sini. Sambil berjalan tu ternampak ada ATV ~ ada 2 pakej yang disediakan, pusing-pusing di kawasan Savannah atau dalam track sahaja. Rate ikut jenis pakej. Masa tu baru nak start hujan, so AH yang memang teringin nak naik, round lah dalam track.

Abah dengan Hero
Selepas itu, sambung melawat haiwan-haiwan lain pula. We decided to skip the animal shows due to time constraint. Konsep di sini haiwan-haiwan lain tu ditempatkan dalam bangunan bertingkat. Jadi kita hanya perlu jalan dan jalan untuk cover semua tingkat tu. Seperti biasa kalau di zoo dan sebagainya haiwan dibahagikan kepada beberapa segmen - reptilia, ikan dan paling menarik mestilah beruang!!

Brown bear 
Sun bear
Selalunya kalau ada animal feeding mesti haiwan macam rusa ke, kambing ke, kura-kura ke kan? Dekat ini boleh bagi makan beruang uols! Tapi tidaklah boleh suap-suap macam tu, kena campak kepada mereka. Sebekas carrot untuk bear tu RM5.
Bab bergaya memang Hero ni no.1!
Selesai melawat haiwan-haiwan di situ, kami berehat sebentar untuk makan sementara menunggu persembahan malam nanti - Fire Show dan Tarsan. Dekat Safari Park ni, ada beberapa tempat yang sediakan makanan termasuk Restoran Simba Hill Gourmet ~ boleh makan sambil melihat singa putih berkeliaran. Bila baca review pengunjung lain, memang iols dah berniat nak makan di sini. Walaupun dah nampak satu cafe ni dengan bau ayam goreng yang harum, kami gigih teruskan berjalan dengan perut lapar untuk mencari restoran ni. Lokasinya dekat dengan entrance/exit park. Sampai sana baru tahu, rupa-rupanya tak semestinya kena makan di restoran untuk tengok white lion tu sebab kawasan sekitar tu memang ada dinding kaca. Tapi sebab lapar, masuk juga ke restoran tu untuk makan. Rupa-rupanya, hari itu (mungkin sebab weekend), restoran tu hanya sediakan secara buffet, tak ada ala carte. So tak jadi makan di sana (lagipun sebab dapat tengok dah white lion free, hehehe) dan kami pun berpatah balik untuk ke cafe yang ditemui awal tadi. 
Singa putih dua sejoli
Singa jantan yang manja 
Malam itu memang kami lepak saja di arena untuk menonton persembahan, lagi pun penat berjalan siang tadi. Persembahan pertama Yabara Fire Show ~ walaupun pernah menonton fire show sebelum ini, tapi yang di sini boleh tahan juga aksi fire eaters tu siap telan-telah api, interaction dengan audience pun bagus. Memang terhibur. 



Kemudian Tarsan (adik beradik Tarzan kot) show, the kids paling suka sebab ada elemen aksi dan kelakar. Mak bapak pun layan juga hehehe.
After the show, we were too tired to explore the night jungle walk, so we got into the tram and headed back to our apartment. Our package was inclusive of breakfast and dinner, so we had our dinner at the coffee house before retiring. It was a good thing that the meals are still being served even though it was already 9 p.m. something. If I'm not mistaken, the buffet is served until 10 pm. 

Kesimpulannya, to us, the Safari Park was worth visiting. Pengalaman yang exciting dan aktiviti pun pelbagai. Cuma di bahagian haiwan tu banyak ruang/kurungan yang kosong. Mungkin haiwan-haiwan tu need medical assistance whatsoever. Idea buat tempat lawatan di bangunan bertingkat pun sangat bagus, sebab semasa kami pergi, hujan selebat-lebatnya, tapi kami masih dapat meninjau hampir keseluruhan tempat sebab kawasan tu covered. Cuma sesetengah tempat keadaan agak gelap (then again mungkin purposely buat begitu kerana tak nak haiwan tu stress ke apa).

Comments