Movie Review: DOWNSIZING (2017) - Size Doesn't Matter

Filem sains fiksyen sememangnya bukan genre kegemaran saya – mungkin kerana selalunya filem sedemikian dibikin terlalu jauh dari realiti, setnya terlalu futuristik dan terlalu asing menjadikan filem berkenaan ‘keras dan kaku’ untuk saya. Itulah, nama pun fiksyen kan. There's nothing wrong with that kind of film, but it's just not my cup of tea.

Satu malam sambil mencari cerita yang menarik untuk ditonton di Netflix – ternampak filem Downsizing ini yang memaparkan gambar (antara) pelakon kegemaran saya – Matt Damon. Selalunya sebelum menonton apa-apa filem, saya akan baca sinopsis yang diberikan untuk mengetahui serba sedikit tentang jalan cerita, tapi kali ini auranya terlalu kuat (nak jugak pakai statement viral nih 😄) lantas saya terus pilih untuk menontonnya.

What it is about?
Dalam fikiran saya mungkin filem ini berkisar tentang kepayahan apabila syarikat melaksanakan downsizing. Rupa-rupanya telahan saya menyimpang jauh. Downsizing yang dimaksudkan dalam filem ini adalah secara literal – apabila tubuh badan dikecilkan sehingga sebesar 5 inci! 

Kalau diikutkan cerita tentang pengecilan saiz sebegini bukanlah sesuatu yang baru, mereka yang sezaman dengan saya mungkin mengingati filem– Honey I Shrunk the Kids (HISTK) dan sekuelnya. Walau bagaimanapun, Downsizing dalam kes ini adalah dalam konteks lebih matang dan proses tersebut adalah irreversible! Proses ini juga terjadi bukan secara tidak sengaja seperti dalam filem HISTK, tetapi dilakukan secara sukarela.

Having said that, the main focus of this film was not about the major science breakthrough even though it started with that. Pada saya, filem Downsizing menggabungkan tiga 'dunia' menjadi satu. 

Dunia pertama tentang impian sekumpulan saintis dari Norway diketuai oleh Dr. Jørgen Asbjørnsendari untuk menyelesaikan masalah global berpunca daripada overpopulation yang mengakibatkan sumber semuajadi, ruang, makanan semakin terhad, pencemaran semakin tinggi - pendek kata tentang kelangsungan hidup manusia di dunia. Secara prinsipnya, apabila saiz fizikal manusia dikecilkan, maka human consumption and waste dapat dikurangkan secara signifikan.

Dunia kedua berkisar kepada watak Matt Damon sebagai Paul Safranek, seorang lelaki dari golongan working class yang agak konservatif dan menjalani hidup yang biasa-biasa. Walaupun Safranek merupakan watak utama, tetapi dia tidak dibekalkan dengan sesuatu yang luar biasa seperti kelaziman hero sesebuat filem. Safranek tiada superpower, tiada otot six pack, tiada harta, tiada leadership skill, tiada keberanian, tiada karisma. Pendek kata tiada yang menarik tentang imej dan kehidupan Safranek ditambah pula dengan imej t-shirt berkolar tu😆

Dunia ketiga adalah dunia orang kenit di Leisure Land - kawasan penempatan mereka yang memilih untuk downsize yang dibangunkan dengan sangat teliti, teratur dan moden. This is where Safranek was slapped back to reality. Dunia yang diimpikannya hanya berbeza dari segi saiz dan nilai material - bila dah jadi kecil, obviously nilai $$ jadi semakin tinggi kerana kos sara hidup yang berkurangan. But he was left alone to live in the lavish mansion and later he figured out that Leisure Land was indeed just like any other town in the normal world. Apart from the hedonistic society that he was living in, he found out about the other (ugly) side of the community - tentang kemiskinan, kepayahan hidup, kezaliman dan penindasan yang tetap berlaku di dunia normal atau pun kenit ini. Di sinilah juga hero sebenar filem ini muncul - in the most unexpected way. Watak Ngoc Lan Tran (lakonan Hong Chau), pejuang hak asasi dari VietNam yang 'dikecilkan' tanpa rela dan diseludup ke Amerika. Walaupun berhadapan dengan pelbagai tragedi dalam hidupnya, Ngoc Lan tetap positif dan tak pernah putus asa.

Ketiga-tiga dunia ini hanya bertemu pada pertengahan cerita. Oh ya, filem ini berdurasi lebih dua jam, jadinya harap bersabar untuk sampai ke intipati sebenar cerita. Berbanding dengan pendekatan filem-filem lain yang lazimnya dimulakan dengan babak aksi atau kemuncak untuk menarik perhatian penonton dan kemudiannya secara perlahan-lahan kita dibawa untuk memahami latar belakang atau punca dalam bentuk flashback dan sebagainya, pengarah filem ini, Alexander Wayne memilih untuk menggunakan teknik mengikut turutan biasa – latar belakang, proses, kemuncak dan barulah penutup. Macam karangan untuk peperiksaan sekolah 😅

Ingat lagi tentang nawwaitu downsizing yang suci murni di dunia 1? Well, manusia tetap manusia. Melihat kepada peluang keemasan - new business opportunity, golongan kapitalis dengan pantas merebut peluang ini untuk menjana keuntungan melalui pengkomersilan hartanah secara besar-besaran di penempatan yang dipanggil Leisure Land. Pengiklanan dibuat dengan memaparkan gaya hidup yang mewah, relaks, selamat - pendek kata ibarat hidup di syurga dunia. Pengiklanan begini telah menarik minat lebih ramai orang untuk memilih untuk downsize - but for all the wrong reasons. Working class citizens memilih untuk downsize untuk lari daripada beban kewangan, mortgage dan menikmati gaya hidup mewah berbanding kehidupan saiz normal. Bak kata salah seorang rakan Safranek, "We live like kings!" Alasan inilah yang telah mendorong Safranek dan isteri untuk downsize.

Jika golongan kapitalis memanipulasi hartanah, pihak-pihak tak bertanggungjawab pula menyalahgunakan downsizing untuk pelbagai jenayah - human trafficking dan alat untuk ‘menghapuskan’ musuh politik mereka dan itu yang berlaku kepada Ngoc Lan Tran yang lantang memperjuangkan kampung halamannya yang hilang ditenggelami air atas nama pembangunan. Dia dipenjarakan, diseksa, 'dikecilkan' dan diseludup ke Amerika di mana dia hampir mati.

Kemuncak cerita ini pada saya adalah pasca downsizingit is where all the 'worlds' collide. Safranek akhirnya sedar bahawa kehidupan di Leisure Land sebenarnya tidak lari dari realiti kehidupan biasa.

Most Memorable Scene or Line
Saya tahu kemuncak cerita adalah pada part misi kemanusiaan Safranek dan Ngoc. Banyak babak dan line yang menyentuh perasaan di situ. Bagaimana Ngoc yang serba kekurangan, tapi berjiwa besar - membantu dan berkorban untuk orang di sekelilingnya yang langsung tiada pertalian darah dengannya kerana prinsip hidup Ngoc adalah untuk memberi. Life is about giving.

But for me, the most memorable line in this film to me was during the scene when Safranek was giving his Mom her medication. She was complaining that she was in so much pain and Safranek replied,
"We are all in pain Mom. Just different kind of pain"'

Yay or Nay?
This film is not for entertainment and definitely not for the mass. Perjalanan cerita agak perlahan dan tiada babak yang benar-benar WOW. Tidak hairanlah filem ini mendapat kritikan hebat dan rating sangat rendah walaupun para pelakon termasuk kemunculan khasnya merupakan pelakon ternama. Seriously, I never heard about this movie before.

I have to admit that it is not a 'perfect' movie - there were scenes yang drag terlalu lama hingga hampir bosan dibuatnya. Tetapi kebanyakan babak memang dibuat begitu lama dan  sangat terperinci bagaikan menonton dokumentari - terutama proses downsizing tu yang dipaparkan step-by-step macam kita sendiri yang mengalaminya!

But what I really like about this movie is about the 'normalcy' that it represents. Walaupun watak Safranek tu 'lemau' - tetapi dalam keterbiasaan Safranek itu, sedar tak sedar wataknya merupakan representasi kepada kehidupan kebanyakan daripada kita - biasa-biasa. Seperti juga kita, Safranek mengimpikan kehidupan yang lebih baik - rumah baharu dan lebih besar, bebas dari komitmen kewangan dan berpeluang untuk membuat aktiviti kegemarannya - itulah matlamat hidupnya (dan kebanyakan daripada kita, kan?).

Keputusan dan perjalanan hidupnya diatur atas asbab orang-orang yang disayanginya – dia tidak meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran kerana memilih untuk balik ke kampung halaman dan menjaga ibu yang sakit. Dia memilih untuk downsize kerana isterinya berkehendakkan rumah yang lebih besar dan dia tidak mampu menyediakannya dan pada masa yang sama tiada guts untuk menyatakannya kepada isterinya itu. Safranek sanggup mengorbankan segala-galanya dan menjalani proses downsizing demi kasih sayang kepada isterinya dan untuk memberinya kehidupan lebih baik.

Safranek thought that he did not accomplish anything in his life. Little did he knew that all little things that he'd been doing for everybody around him had made a difference in their life. 

Selain itu, pengorbanan Safranek dibalas dengan pengkhianatan oleh isterinya sendiri yang merubah fikiran di saat-saat akhir. But his wife was not the antagonist in this movie. She is just behaving like any other normal person - she got panicked at the very last minute and decided to ditch the plan altogether. 

So Safranek ended up lonely in the lavish mansion that he and his wife had always wanted. It was the slap back to reality. Itulah hakikat kehidupan, kita sering merasakan apa yang kita impikan, apa yang kita tiada itu adalah matlamat untuk dicapai. Itulah kemuncak kebahagiaan kita. And when the time comes, when we finally get what we always wanted, only then we realized that the emptiness that we feel inside can not be filled with any of that.

These are some of the 'hidden messages' that I found in this film. So subtle that I believe only certain people would realized that. Kerana itu saya merasakan pengarah dan penulis filem ini sangat hebat.

Kesimpulannya, downsizing bermula dengan matlamat suci murni demi kelestarian global, tetapi atas kerakusan manusia, ianya dimanipulasi hingga menjejaskan matlamat asal. So, here it goes - size doesn't matter. We can change our size, our lifestyle etc., but it will not change who we are deep inside. And we can't just solve the world's problem by changing our size, we need to change our mentality and attitude as well.

So yes, this movie is a big Yay for me, but unfortunately not the same for most people.

#LifeslikeThat
#2

Comments

Fnd Rocka said…
Bukan semua orang boleh layan dan hadam filem ni, tapi secara peribadi filem yang berbaloi untuk aku tonton,mungkin disebabkan oleh ‘subtle message’ yang terkandung, maka susah untuk lupakan setelah habis tengok...tapi kalau tanya kat org lain memang dorang tak tengok, kalau tengok pun maybe separuh jalan dan tak hayati intipati.