Cuti-cuti Malaysia : Muzium Negara

Sempena cuti sempena Hari Kemerdekaan ke-63 baru ini, kami bawa anak-anak ke Muzium Negara. Kedengaran klise, tetapi memang telah lama menyimpan hasrat untuk bawa anak-anak ke sini, tetapi tidak berkesempatan sampailah ke 31 Ogos 2020.

Jika diikutkan, Muzium Negara ditutup setiap Isnin, tetapi sempena Hari Merdeka ia dibuka seperti biasa --> Nasib baik sempat semak sebelum pergi 😅

 

Kami bergerak dalam jam 8 pagi dan alang-alang dah ke KL tu, kita singgah ke Kenny Hills Bakers – geram tengok gambar pastry yang lalu-lalang di IG bila kawan-kawan ke sana. Sekali sampai tengok ramai betul orang beratur untuk dine-in. Jadinya kami ambil keputusan untuk take-away saja - sayang dah sampai tapi tak rasa, kan? Yang kelakar bila sahaja tahu kami nak take away, crew bertugas terus usher kami masuk ke dalam, meninggalkan mereka yang sedang beratur panjang untuk masuk. Mesti ada yang ingat kami VIP potong barisan hahaha.

 

Sampai di dalam, wah memang best ambience dia. Tapi ruang dalam tu agak sempit, jadi tak sempat nak bertenang sangat, ambil gambar ke. Terus grab pastries yang nampak amat menyelerakan. Rasa nak ambil banyak lagi sebab semuanya nampak sedap dan fresh, tapi takut juga tak termakan nanti, membazir pula dan tambahan pula tengok harganya pun boleh buat lap peluh 😆. Jadinya kita ambil yang betul-betul tertarik je. Kemudian masa nak bayar ternampak crew bawa keluar peach strudels fresh from kitchen ~ so kita cekup satu sebab katanya ini adalah best seller di sini. 

Yummy! Peach strudel, blueberry something (lupa nama dia!)

Kemudian kami terus menuju ke Muzium Negara – ke café Muzium to be exact. The kids nampak agak tak puas hati sebab Mama dia beli pastries sahaja untuk sarapan, jadinya mereka makan nasi lemak dan kuay teow goreng di café sambil Mama dia feel makan pastries yang dibeli tadi tu. Memang sedap! Strudels tu punyalah crispy, then rasa fresh and natural bukan manis gula atau manis keterlaluan.

 

Selesai sarapan, kami terus ke masuk ke Muzium. Kami antara pelawat terawal, jadinya tak ada masalah untuk menunggu lama untuk saringan suhu dan scan MySejahtera tu. Kemudian baru beli tiket di pintu masuk Muzium. Harga tiket RM2/orang untuk dewasa (rakyat Malaysia) dan kanak-kanak bawah 13 tahun percuma. Sempena hari merdeka, siap dapat door gift bunga telur macam orang kahwin dulu-dulu. Nice touch!

 

We spent a good 3.5 hours there covering not only the National Museum, but also Muzium Seni Kraf Orang Asli and Muzium Entnologi Dunia Melayu. Tickets are sold separately for the latter, but with the same price RM2/adult (for entry to both Orang Asli and Dunia Melayu museums) and free for kids.

Antara artifak dan bahan yang dipamerkan
 

These two particular photographs really give me chills:
The above photograph was of Sultan Ahmad with his council members during the 1st 
Durbar in Kuala Kangsar in 1897. The second was also during a Durbar.


Raja-raja Melayu dikelilingi oleh pengikut / hulubalang yang lengkap bersenjata tombak dan lembing. Pada saya, gambar ini sangat menarik hingga sukar untuk digambarkan ~ pengikut / hulubalang yang ramai melambangkan kegagahan dan kesetiaan. Tombak dan lembing yang tersedia di tangan memang mampu menggerunkan pihak lawan. Saya percaya pegawai Inggeris yang turut serta dalam Durbar tersebut turut gusar melihatkan figura ini. Lain feel gerun tu bila melihat tombak/lembing berbanding jika memegang senjata moden.

Setelah sekian lama tak berkunjung ke Muzium, dijangkakan ada banyak perubahan dibuat selaras dengan peredaran masa dan teknologi. Tetapi nampaknya masih tidak banyak perbezaan. Ambience masih sama - gelap dan sunyi. I mean I understand that the artifacts are sensitive to light, humidity and all, but in my humble opinion, it could not hurt to place some extra lighting at strategic places to make the place more lively and cheerful. In addition to the lighting, I think there could be some improvements being made to make it more interactive and more attractive to young visitors. Boleh guna multimedia / LED display, buat games ala treasure hunt ke and many more. Oh yes, playing some soft music at the back would be great too, to create the atmosphere. Unfortunately, during our visit, the air-conditioners were not working in some areas, so it was really stuffy even though not many visitors were there at the time. Don’t get me wrong though. Over all, it was still a good experience for all of us and informative too.

#CutiCutiMalaysia
#MuziumNegara
#6

Comments