Posts

Showing posts from October, 2020

Tragedi Oktober ~ Air oh Air

Image
Genap sebulan isu ketiadaan air di Lembah Klang yang menjejaskan pengguna di 7 daerah selama 4 hari , 'acara' ini diteruskan lagi pada lewat 4 Oktober 2020 dan kali ini melibatkan  274 kawasan dan menjejaskan 1.3 juta pengguna  termasuk kawasan rumah dan tempat tinggal saya.  Isu gangguan bekalan air tidak berjadual ini bukanlah isu baharu dan sebagai pengguna secara jujurnya saya telah berada pada satu tahap untuk tidak peduli tentang apa jua punca gangguan tersebut kerana skripnya sama ~ pencemaran sumber air oleh kilang atau penternak haram dan seumpama dengannya sehingga mengakibatkan gangguan air.  Sebagai pengguna berbayar yang kami mahukan adalah kepastian bila bekalan air boleh disalurkan semula dan jaminan bahawa ianya benar-benar selamat untuk digunakan.  Realiti apabila ketiadaan air ~ hidup masih perlu diteruskan. Kami masih perlu ke pejabat, sekolah dan masih perlu makan/minum. Tiada cuti khas tanpa rekod yang diberikan untuk membolehkan kami 'lari'...