Posts

Showing posts from March, 2021

Tentang Sesuatu

Image
Beberapa minggu lepas ada ujian yang datang menimpa. Biasalah, kalau namanya hidup, mana pernah berhenti daripada diuji. Cuma ujian kali ini datang dalam bentuk yang amat berbeza – diri ini terpalit dan terbelenggu dengan suatu kerumitan yang bukan ditimbulkan sendiri, bukan dicari, di luar pengetahuan dan perkara yang berlaku itu tidak pernah terfikirkan. Butiran insiden itu tak perlulah dihuraikan di sini kerana agak peribadi. Cuma sebagai seorang yang agak berwaspada dan tidak keterlaluan boleh dikatakan punya daya firasat atau instinct yang kuat, bila terjadinya perkara ini, soalannya ialah “Kenapa?”   Tipulah jika dikata hati ini tidak kecewa. Tipulah jika dikata tak menyumpah dalam hati. Perasaan marah, geram, keliru, risau semua bersatu. Apa yang dirasa di jiwa dan yang membelenggu di benak tak terluah dengan kata-kata. Lebih pedih sebab diri ini tiada daya untuk mengubah apatah lagi menghalangnya. Dalam pada melayan perasaan tu, tiba-tiba timbul dalam jiwa dan fiki...