Posts

Showing posts from January, 2014

Apa nak buat di rumah?

Image
Caution: Ini entri mak-mak ya =) Antara dilema atau rasa bersalah terhebat yang dialami oleh mana-mana working parents adalah bila dirasakan masa berkualiti yang dihabiskan bersama family especially anak-anak adalah sangat-sangat limited. J ika diikutkan kiraan kasar, pembahagian masa kebanyakan daripada kita adalah seperti ini: 40% - di tempat kerja, itu pun kalau dikira waktu kerja biasa 8 pagi - 5 petang. Tak termasuk stay back, out station, traffic jam semasa pergi/balik kerja 33%  - untuk rehat/tidur jika dikira waktu tidur normal selama 8 jam. Walaupun golongan mak-mak memang takkan dapat tidur selama itu, uninterrupted hehehe Jadi berapa sebenarnya waking hours yang kita ada untuk dihabiskan dengan anak-anak/ family? Lately itulah perkara yang sering menghantui saya. Mungkin kerana melihat Adeelia dan Aydeen dah semakin besar. Rasa macam sekejap saja masa berlalu..Tambah rasa bersalah bila sampai rumah tengok budak-budak dah tidur, terasa terkilan dan ru...

Dua Puluh Empat Belas

Salam tahun baru! Mungkin 1-2 minggu ni you all dah jelak dengar perkataan tahun baru, azam baru dan sewaktu dengannya. Sebab itulah untuk entri kali ini, saja je letak title   Dua Puluh Empat Belas, nak bagi kelainan sikit kononnya. Tapi intipati tetap berkisar tentang tahun baru 2014. Hehehe... Mungkin bagi sesetengah orang tahun baru baik Hijrah atau Masehi ini hanyalah angka yang bertukar-tukar di hujungnya. Kita tetap sama, nama sama, tempat tinggal sama, kerja sama, rupa sama, cuma umur je meningkat. Betul juga.   Ada juga yang berkata tidak perlu tunggu tahun baru untuk buat azam, kerana hari-hari mereka set target baru untuk jadi lebih baik dan sebagainya. Betul juga tu. Senang cerita, apa jua perbezaan pandangan kita tentang tahun baru, azam baru dan sebagainya, kita berkongsi harapan yang sama - agar semuanya lebih baik dari dahulu. Baik dari segi peribadi, keluarga, kerjaya, ekonomi, kesihatan dan sebagainya. Tapi kita hanya merancang, berusaha, berdo'a d...